Sunday, September 20, 2009

~ Ramadhan dan Syawal di Perantauan ~



~SEMOGA AIDILFITRI INI MENJADI IHTIFAL KEPADA MADRASAH RAMADHAN
SERTA ILTIZAM KEPADA KITA UNTUK TERUS MENJANA KETAQWAAN ~

- Ramadhan 1430 -

suasana depan rumah dari tingkap bilik

Inilah kali pertama diriku menyambut ketibaan bulan yg penuh barakah serta syawal kemenangan jauh beribu batu dari tanah air.. jauh dari dikelilingi ahli keluarga.. jauh dari suasana biasa.. namun ia memberi sebuah pengalaman yg tidak boleh dibeli...

tanglung kertas (fannus) digantung memeriahkan rumah

Persediaan menyambut Ramadhan di bumi anbiya memang meriah.. macam sambutan nak raya.. kerana.. suasana sini mereka menyambut ketibaan Ramadhan bukan menyambut syawal yg bakal tiba.. malah amat sayang sekali untuk melepaskan Ramadhan itu pergi..

bila bertemu sesiapa sahaja, bibir tak lekang menyebut "Ramadhan kareem" dan dibalas pula " Allahu Akram".. suasana rumah dihias dengan meriah.. tanglung Ramadhan (fannus) digantung merata2..

antara poster-poster Ramadhan ~ cantik disertakan maksud yg mendalam

dapat kutaib cute

buku2 tazkirah dan kutaib kecil tentang perihal Ramdhan dijual dan dihadiahkan kepada rakan2, sahabat handai juga sanak saudara.. poster2 Pamadhan dilekat di merata2.. memang indah...


Malam2 Ramadhan masjid2 dipenuhi untuk mengimarahkan malam2 barakah ini.. melalui Ramadhan di sini bagaikan tak mahu sambut syawal!! rasa sayang nak lepaskan Ramadhan itu pergi.. lebih-lebih lagi bilamana bertemu 10 akhir Ramadhan..

Adalah amat rugi bagi mereka yg melalui madrasah Ramadhan ini tanpa merancang dan merencana aktiviti-aktiviti yg dapat meningkatkan ketaqwaan serta melipatgandakan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Al-Khaliq di bulan yg dijanjikan dengan pahala yg berganda-ganda oleh Allah SWT.


Kita digalakan terus-menerus berdoa di bulan barakah ini agar mendapat rahmat Allah, keampunan serta dibebaskan dari azab api neraka. Namun begitu, haruslah kita berhati-hati agar tidak menjadi hamba ramadhani tetapi menjadi hamba rabbani..

Suka saya berkongsi satu frasa doa yg amat menyentuh hati yg mne doa ini seringkali diulang-ulang bacaannya ketika doa qunut dalam solat sunat witir oleh imam masjid al-'asofiroh: "Allahumma kama ballighna ramadhan fa ballighna lailatalqadri ya Allah" [ya Allah, sepertimana Engkau sampaikan kami di bulan ramadhan ini, maka sampaikanlah kami pada malam lailatulqadr]... kita selalu mintak agar sampaikan di bulan ramadhan tapi kadang2 lupa nak mohon agar disampaikan pada malam yg lebih baik dari seribu bulan..

Kadangkala banyak perumpamaan kita dengar ciptaan manusa yg dapat merasai Ramdhan itu dekat dengannya.. dua analogi Ramadhan yg ana petik sebagai kalam pemangkin diri dalam melalui bulan Ramadhan ini dari tulisan sahabat seperjuangan saya disini... sama-sama kita hayati..

[1] Ramadhan sebagai tetamu kita, datang bersama isterinya, Puasa, 3 anaknya, Maghfirah, Rahmah dan Pembebasan dari api neraka dan ditemani sahabat karibnya AlQur'an. Kedatangannya bawa 1001 fadhilat, yg sekecil2 sunnah dibalas berganda, apatah lagi perkara wajib.

[2] Ramadhan ibarat sekolah, madrasah dan universiti. Tidak semua manusia terpilih memasukinya. Padanya ada silibus dan kursus2 yg menjanjikan ijazah TAQWA kepada graduan yg cemerlang. Melangkah memasuki gerbang universiti perlu persediaan, tak kiralah dari segi apa pun - jasmani rohani dan aqli.

pecut!! dalam melipatgandakan pahala

Dan bila tiba 10 Ramadhan yg terakhir... realiti di mesir amat berbeza dgn realiti di malaysia.. rata2 masyarakat sana bagai tak sabar untuk Ramadhan berakhir.. dihidangi pula dgn promosi2 raya, kuih raya, baju raya, program2 tv dan mcm lg dan kadang2 tanpa kita sedar ia meneggelamkan suasana untuk beribadah kpd Allah serta pecut dalam meraih taqwa.. masjid pula makin kurang seri bilangan jemaahnya.. suasana sini pula makin tiba syawal makin penuh masjid sampai kadang2 solat tarawikhnya atas jalan je.. doa pula semakin panjang dan banyak lagi... betulkan saya cakap yg penglaman ni xde yg boleh beli...

~ Syawal 1430H ~


Menyambut syawal disini mula-mula dilanda macam-macam perasaan.. gembira diberi peluang oleh Allah untuk melalui fasa Ramadhan pada tahun ini.. sedih sbb raya di perantauan bukan dikelilingi sanak-saudara.. seronok dapat blaja buat kuih raya.. cn smua handmade ye.. xde kuih tunjuk!!

kuih raya yg sempat dibuat bersama ahlilbait

santapan di pagi hari raya - rendang, kuah lodeh, nasi himpit, soto serta kuih-raya handmade

Akhir kata, saya sematkan dua mesej bermakna dari Malaysia disini..

"AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar Walillahilhamd. Salam 'Eidulfitri - saat kemenangan jiwa yg kembali kepada fitrahnya setelah melaui tarbuyah ruhi Ramadhan. Moga sijil ketaqwaan yg diperolehi mampu memandu kehidupan kita seterusnya. Kullu 'amin wa antum bi khair. Maaf dzahir + batin. taqabalallahu minna wa minkum" [Ayahanda]

"Berakhir sudah musim menuai Taqwa, menjelang kini saat jiwa kembali kpd Fitrah. Semoga hari2 mendatang semakin mendekatkan kita kpd redha Allah. Selamat menyambut Eidul Fitr. Kullu 'aamin wa antum bi khair" [cikgu Azmi]

~ SALAM AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN ~

MINAL AIDIN WAL FAIZIN..TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

Thursday, August 27, 2009

- Ramadhan Bulan Kemenangan -

kenapa ye saya letak tajuk "Ramadhan Bulan Kemenangan"??
just nk share something yg saya dapat di markaz dpmi pagi tadi...

1. Peperangan Badar Al-Kubra [17 Ramadhan tahun ke-2 H]

2. Pembukaan Mekah [21 Ramadhan tahun ke-2 H]

3. Peperangan Al-Qadisiyah [tahun ke-18 H]

4. Pembukaan Andalusia [tahun ke-18 H]

5. Peperangan Hittin [tahun ke-583 H]

6. Kekalahan tentera Tatar [25 Ramadhan tahun ke-678 H]

7. Kekalahan tentera Israel di tangan tentera Mesir

Allahu Akbar walillahilhamd!

Tuesday, August 25, 2009

21st... diriku dah boleh mengundi

KAHERAH, 18 Ogos 2009: Hari ini Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27. Pada hari ini juga sesi pemilihan berlangsung bagi memilih kepimpinan untuk sesi 2009/2010 akan datang. Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27 ini dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin, Madinah Nasr, Keherah dan akan dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir, Tuan Haji Ahmad Hanif bin Hj Naim.

Seramai 10 calon menawarkan diri untuk merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKPJM bagi sesi 2009/2010. Tiga calon bakal tersingkir kerana hanya 7 orang sahaja yang mendapat undian tertinggi akan menduduki kerusi terse
but.

Salah seorang pegawai Suruhanjaya Pilihanraya yang ditemui berkata, "kesemua persiapan pusat mengundi telah selesai. Diharap kepada ahli-ahli BKPJM yang layak mengundi turun awal pada waktu yang ditetapkan, bagi melicinkan proses pengundian."

Beliau menambah lagi, "Pusat pengundian bagi mahasiswa adalah di bilik 7, dan bagi mahasiswi di bilik 5".

Pada pemilihan kali ini kerusi Yang DiPertua kali pertama dipertandingkan sejak penubuhan Badan Kebajikan Pelaja-Pelajr Johor Di Mesir. Saudara Basir bin Mohamed salah seorang calon merupakan mahasiswa tahun akhir Kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar Kaherah yang juga Timbalan Yang DiPertua BKPJM sesi 2008/2009 bakal ditentang oleh saudaraMohd Zaki bin M. Noor juga dari universiti yang sama merupakan siswa tahun akhir Kuliah Bahasa Arab.

Muhammad Yazid bin Hanzir dari Kuliah Perubatan dari Universiti Al Azhar, memecahkan tradisi kepimpinan BKPJM yang telah didominasi sejak sekian lama oleh pelajar-pelajar pengajian Islam telah menawarkan diri sebagai calon bagi kerusi AJKT.

Bagaimanapun, calon-calon dari kepimpinan Hal Eh
wal Wanita Islam (HEWI) BKPJM kesemuanya menang tanpa bertangding. Kerusi Ketua HEWI dimenangi oleh saudari Khairunnisaa binti Zulkarnain, pelajar tahun dua, Kuliah Syariah, Universiti Al Azhar, Kaherah.

p/s: 17 ogos 2009 tarikh yg xdpt dilupakan yg mne diri ini yg bru menganjak usia 21 yg layak utk mengundi akhirnya dapat mengundi wpun bukan berada di Malaysia. Memilih pemimpin BKJPM 2009/2010 bukan suatu yg mudah... dan akhirnya...


KAHERAH, 18 Ogos 2009: Seramai 119 ahli Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih. Suasana yang agak meriah kelihatan di perkarangan Asrama Pelajar Johor Seksyen 8 dengan poster-poster calon yang bertanding. Bagaimanapun tidak semua calon meletakkan poster-poster mereka. Suasana ini tidak pernah ada sejak sekian lama sehingga tercipta sejarah pada hari ini kerusi Yang DiPertua dipertandingkan.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melanjutkan waktu pengundian bagi pemilih-pemilih Kaherah, kerana pusat pengundian yang diberitakan akan dibuka seawal 7 pagi tetapi dibuka pada jam 8 pagi dan ianya dilanjutkan sehingga 9.30 pagi. Bagi pengundi-pengundi muhafazah pula dibuka pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Pilihanraya berjalan dengan lancar dan baik dan tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27, bermula pada jam 9.30 pagi dan ia diserikan dengan ucapan pengarah Lajnah Khas Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM 2009 saudara Mohd Rasul bin Amat, wakil Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir saudara Mohd Zuhaili bin Saiman dan dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir Tuan Haji Ahmad Hanif bin Hj Naim.

Kehadiran agak memberangsangkan setelah jam menunjukan hampir kepada 12 tengahari. Mahasiswa dan mahasiswi Johor sekitar Kaherah dan Muhafazah tidak ketinggalan mengisi ruang-ruang perbahasan, muhasabah, cadangan dan kadang-kadang diserikan dengan hilai tawa dari para perwakilan yang kadang-kadang agak melucukan.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ini juga dua usul tergempar telah diterima sebulat suara. Usul pertama datang dari salah seorang anggota lembaga penasihat BKPJM sendiri iaitu saudara Muhd Hairi Hamzah. Usul tersebut berbunyi "Panggilan mesyuarat agung hendaklah dibuat oleh Setiausaha Agung melalui surat pekeliling sahaja". Usul ini terdapat dalam Bab Keenam, Fasal 24, nombor 4. Usul kedua dibawa oleh mahasiswi dari perwakilan Mansurah iaitu saudari Noreha binti Mahat yang berbunyi "BKPJM Menggemleng Kekuatan, Meneguh Kesatuan".

Apa yang ditunggu-tunggu oleh para perwakilan ialah keputusan bagi pemilihan pimpinan bagi sesi 2009-2010. Pihak SPR mengumumkannya sekitar jam 8 malam (waktu Mesir). Bagi calon Ahli Jawatankuasa Unit HEWI BKPJM kesemua calon-calon menang tanpa bertanding. Mereka adalah Khairunnisaa binti Zulkarnain bagi jawatan Ketua HEWI BKPJM, dan 6 kerusi AJKU HEWI BKPJM disandang oleh Syarifah Masykurah binti Syed Mustafa Kamal, Nurul Ainn binti Mistham, Nur Atiqah Najihah binti Ibrahim, Umi Kalsom binti Mohamed Uyob, Nur Atikah binti Roslin, Maryana binti Din. Manakala AJKU yang kekal ialah Nur Aliaa binti Ahmad dan Masyitah binti Razali.

Bagi calon-calon Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa tadbir BKPJM bagi sesi 2009-2010 ialah seperti berikut:
Calon Yang Dipertua:
1. Basir bin Mohamed: 95 undi
2. Mohd Zaki M.Noor: 23 undi
Mejoriti: 72 undi
Undi rosak: 1

Calon AJKT:
1. Mohd Khairul Anwar Tajuddin: 110 undi 2. Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal: 110 undi 3. Muhammad Yazid Hanzir: 109 undi 4. Mohd Nur Ahmad: 99 undi 5. Ahmad Daniel Mohmad Hassan: 96 undi 6. Muhhamad Amin Sailan: 95 undi 7. Muhammad Khaidir Hanizan: 92 undi
8. Mohd Faiz Esa: 44 undi
9. Kamal Ariff Mohd Bakri: 41 undi
10. Mohd Huefiros Efizi Husain: 31 undi
Manakala AJKT kekal ialah saudara Zulfekri bin Abdullah dan Mohd Farhan bin Tamin. laporan dipetik dari di http://al-jauhar.blogspot.com

Alhamdulillah.. yg diundi tercalon dalam ajkt 2009/2010..

Saturday, August 8, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan kian hampir... Madrasah yg sempurna hadiah dari Allah buat hamba-hambanya... Sudahkah anda bersedia??

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [Al-Baqarah:183]

Hari ini, kita kadang-kadang terlalu ghairah menantikan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, bulan mulia yg dinanti sejak lama iaitu sejak sebelas bulan yg lepas itu, kini kembali lagi dgn sinar keampunan dan rahmat dr Yang Maha Penyayang. Lagu-lagu yg berkisarkan kelebihan bulan mulia ini mula berkumandang di corong2 radio dan televisyen. Tidak ketinggalan juga pengeluar produk makanan, kurma dan minuman yg bijak mengambil peluang mengiklankan produk mereka. Namun, sedarkah kita nun di sana, di pinggir daerah pemikiran kita, di luar lingkungan program-program tarbiyah kita, sebahagian masyarakat terus hanyut tanpa mengerti apa ertinya Madrasah Ramadhan itu?? Mereka terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengapa orang-orang itu seperti tidak keruan lagi?? yakni orang-orang yg sibuk melipatgandakan amal.

Mereka juga seperti kita, menunggu-nunggu kehadiran bulan mulia itu, tapi bukan utk memperbaiki diri dan merebut fadhilatnya terutamanya 'lailatulqadar' yg lebih baik dari seribu bulan, sebaliknya mereka menanti bulan itu adalah untuk menikmati keenakan juadah yg pelbagai rasa yg dijual di baazar Ramadhan s
ehingga ada orang yg bukan Islam menyifatkan bulan Ramadhan sbg pesta makanan kerana hanya di bulan itu shj boleh diperoleh aneka makanan yg pelbagai warna dan rasa yg tidak pernah ditemui di bulan-bulan yg lain sebelumnya. Jika hal itu berlaku kpd anak2 kecil bukanlah suatu masalah yg besar, tetapi realitinya permasalahan ini melanda golongan yg telah akil baligh yg telah sabit segala kewajiban seorang muslim ke atas pundaknya.

Permasalahan kedua, penantian mereka juga ter
isi dgn program 'ponteng puasa' sama ada secara terbuka atau sorok-sorok dgn penuh keberanian dan kesombongan. Alangkah sedihnya fenomena ini yg bukan shj melibatkan golongan pemuda dan remaja, malahan orang tua yg sepatutnya menjadi contoh kpd golongan yg lebih muda.


Pernahkah terfikir apakah punca bagi dua persoalan diatas?? Hakikatnya, aspek pemahaman dan penghayatan Islam yg semakin pudar menjadi penyumbang utama kpd masalah ini. Sebagai contoh kita lihat anak-anak acuan moden kin
i yg jarang diajar membaca Al-Quran, bersolat, mandi wajib dan sebagainya. Tetapi secara tiba-tiba apabila datang bulan Ramadhan, mereka disuruh berpuasa tanpa meereka memahami mengapa sebenarnya mereka perlu berpuasa. Mahu tak mahu terpaksalah mereka menahan lapar dan dahaga sepanjang hari tanpa disertai dengan niat dan amalan yg benar. Maka terjadilah 'puasa adat orang melayu' shj yg mengisi alam maya ini.

Institusi kekeluargaan yg sepatutnya menjadi
medan 'Tarbiyah Islamiyah' yg paling utuh tidak lagi berfungsi. Ibubapa kini sudah hilang punca bagaimana harus diperlakukan anak-anak mereka agar tidak rosak binasa, lalu anak2 dibiarkan shj bertindak sesuka hati mengikut hawa nafsu dan jiwa remaja mereka yg sentiasa ingin mencuba sesuatu yg baru tanpa di bimbing dan di didik.

Natijahnya, terjadilah fenomena yg sepatutny
a aneh tapi tidak lagi pada mereka. Puasa tanpa solat fardu tapi tetap hadir utk meramaikan solat tarawikh walaupun sekadar menunjukkan muka... Puasa tanpa menjaga mata dari melihat perkara2 yg diharamkan oleh Allah... Juga puasa tanpa mengawal telinga dari mendengar umpatan adan fitnah. Jadilah puasa tanpa mengekang lidah dari berkata-kata yg dusta dan lagha.. Akhirnya jadilah puasa yg sia-sia..habaan manthura..debu2 yg bertebangan.. hanya mendapat penat dan dahaga tanpa memberi kesan sedikitpun pada hati selepas bulan yg mulia itu berlalu pergi...
- sumber dari majalah HALUAN ogos/september 2008 -


Allahumma balighna fi Ramadhan.. Allahumma balighna fi Ramadhan.. Allahumma balighna fi Ramadhan..


Thursday, August 6, 2009

Hatta Ya'lam Asy-syabab 1

diskusi kitab yang pernah didiskusikan oleh salah seorang mahasiswa Azhar telah membuka mata dan minda kami sebagai syabab di ardhul kinanah ini. Kitab "Hatta Ya'lam Asy-syabab" ini merupakan isi khutbah yg pernah disampaikan oleh alfadhil ustaz Abdullah Nasih Ulwan kemudian ditulis dan dibukukan.

Kenapa saya mengatakan isi kitab ni membuka mata dan minda kami?? Sebab ia membincangkan Apa yg dikehendaki oleh Islam kepada para pemuda dan pemudi?? interesting kan? Pemuda-pemudi itulah syabab! Yg mana membawa kami menjelajahi 2 persoalan besar yaitu:
  1. kenapa pemuda/i itu diciptakan??
  2. dan apa peranan kita sebagai pemuda/i??
Jom kita tengok persoalan pertama: Kenapa pemuda/i diciptakan??
kita, yg digelarkan pemuda-pemudi dicipt
akan utk realisasikan sbg:-

Pertama: utk meletakkan matlamat hidup kita ber'ubudiyah hanya kepada Allah SWT yakni hamba 100%, ketundukan pada yg Maha Pencipta. Firman Allah: "Dan tidaklah kami ciptakan jin dan manusia itu hanya utk beribadah kepada Kami". [Az-Zariyat:56]

Kedua: utk iltizam dan istiqamah pada manhaj rabbani yg tidak ada kebatilan di dalamnya yakni manhaj Islam.. dan siapa yg mencari selian Islam, sia-sialah hidupnya.

Firman Allah: "Dan barangsiapa mencari agama selain Allah, dia tidak sekali-kali akan diterima, dan diakhirat dia termasuk org yg rugi". [Al-Imran:85]
Firman Allah lagi: "Dan siapakah yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebaikan.." [Fussilat:33]

Ketiga: utk memberi wala' dan taat setia hanya kpd Allah dan RasulNya serta pemimpin2 yg menjaga Islam, dan mengambil Islam sbg cara hidup bukan sbg nama..

Sebab apa utk realisasikan perkara-perkara di atas?? Sudah tentu utk mewujudkan hukum-hukum Allah dlm diri kemudian di atas muka bumi ini utk membebaskan manusia dari penyembahan sesama sendiri kepada penyembahan Allah yg Esa.

So, bagaimana 'n' macamana kita nak jay
akan hukum-hukum Allah? disinilah kita rungkaikan persoalan kedua: Dan apa peranan atau kepentingan kita sbg pemuda-pemudi??

Kita takkan dapat merasa pentingnya pemuda-pemudi.. berperanannya kita sbg syabab selagi mana tidak memiliki 5 sifat asas yg menjadi tunjang utk kemantapan dan keteguhan peribadi diri:-

Pertama: Dengan iman yg benar lg tetap. Ia tidak tergoncang bilamana ada cabaran dan dugaan yg datang. Firman Allah: "Sesungguhnya oran
g0orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar". [Al-Hujurat:15]

Kedua: Ikhlas pada Allah dlm bekerja bukan menunjuk-nunjuk perjuangan. Firman Allah: "Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas mentaatinya semata-mata kerana menjalankan Deen..." [Al-Bayyinah:5]

Satu kata-kata hikmat tentang ikhlas ini ingin saya tueut coretkan... "Tinggalkan amal kebaikan kerana manusia adalah riya' dan buat amal
kerana manusia pun dikira menjadi syirik".

Ketiga: Memiliki keazaman yg padu yakni tidak takut ataupun bimbang dgn apa yg bakal datang. Firman Allah: "Yaitu orang-orang yg menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada siapapun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan". [Al-Ahzab:39]

Keempat: Beramal dgn tekun dan tidak tahu erti 'boring' malah berterusan dalam amal2 perjuangan.

Kelima: Sanggup berkorban walaupun pengorbanan itu tinggi.

Hakikatnya, 5 sifat ini penting dlm pembentukan peribadi syaba itu sendiri kerana ia membenarkan apa yg dijanjikan Allah terhada
p golongan pemuda. Dan sifat2 ini takkan bersatu dgn teguh melainkan pada golongan 'syabab' khususnya golongan muda yg beriman.

Kerana dgn memiliki hati dan jiwa yg benar adalah asas kepada iman, merasa keberuntungan yg suci dan tulen adalah asa kepada keikhlasan, memiliki syu'ur yg kuat adalah tunjang kepada keazaman yg padu, memliki kekuatan dan kem
ampuan spt golongan muda asas kepada amal2 perjuangan dan asas kepada pengorbanan adalah dengan memiliki aqidah yg mantap.

Inilah rahsia kekuatan dan kemuliaan bagaimana syabab2 yg beriman mencapai kejayaan pada marhalah era kebangkitan umat Islam dahulu.

Firman Allah: "Sesungguhnya mer
eka adalah pemuda-pemuda yg beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepda mereka?" [Al-Kahfi:13]



Mengapa kita perlu tahu kisah2 syabab yg terdahulu malah mengagungkan sejarah mereka??

Kisah2 merekalah sbg pemangkin semangat kita utk terus istiqamah dlm medan perjuangan dan utk kita lahirkan rasa cemburu pada sahabat2 yg telah berjaya dalam misi meletakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Dan mereka telah mendapat kedudukan yg tinggi disisi Allah. Mereka semua terdiri dalam kalangan pemuda!

Sebagaimana yg kita tahu, golongan syabab inilah yg digelar 'JeelulQuran'. Yg mana seruan dakwah bermula secara sirr di darul 'Arqam kemudian berkembangnya dakwah ini dan terus tersebarnya Islam ke serata tempat oleh tangan2 golongan org muda.

Mari kita lihat, Rasulullah diutuskan menjadi rasul utk menyampaikan dakwah ketika berumur 40 tahun. kemudian Abu Bakar r.a yg usia muda 3 tahun drpd baginda, Umar r.a ketika berumur 27 tahun, Uthman r.a yg usia lebih muda dr bagnida, manakala Ali r.a paling muda di antara mereka semua. Begitu juga Abdullah ibn Mas'ud, Abdurrahman ibn Auf, Al-Arqam ibn Abi Arqam, Said ibn Yazid, Mus'ab ibn Umair, Bilal ibn Rabah, Umar ibn Yasir bahkan ramai lg.. dan mereka semua adalah pemuda!

Apa yg dapat disimpulkan disini bilamana kita lihat kembali generasi awal Islam ini dimana generasi ini dikenali sbg generasi Al-Quran yg hanya mengambil sistem yg diturunkan oleh Allah SWT shj. Yakni mereka tidak mencipta sistem hidup menurut kehendak nafsu mereka sendiri. Mereka telah menerima wahyu dari Allah SWT bagi menerangi dan memandu jalan hidup mereka.

Hakikatnya, genersai inilah yg telah menjalani tarbiyah di bawah pimpinan Rasulullah SAW berpandukan wahyu Allah SWT sbg sumber pembentukan hingga lahir peribadi2 muslim yg berjiwa tauhid malah tidak terpengaruh ataupun dipengaruhi oleh nilai2 tamak keduniaan.

Generasi pertama Islam itu telahpun berjaya menghapuskan al-ghurbatulawwal (dagang yg pertama). Maka kita generasi sekarang khusunya golongan syabab wajiblah pula bekerja dgn penuh iltizam utk menghapuskan al-ghurbah ath-thaniah (dagang yg kedua).

~Islam datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang..
beruntunglah mereka yang berada ketika itu~


Thursday, July 16, 2009

akan datang...


diskusi kitab ''Hatta ya'lamusyabab''
karangan: Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan

sape rase dia syabab...
sama2 kita tunggu apa yg nk dibicarakan ttg "sehingga diketahui oleh pemuda"

Kembara el-Mans0ura + DamietTa

Kolokium Ilmuan Semi Final 2009 kali ini telah membawa kami, akhowat Alex 08/09 berehlah ke el-Mansoura dan Damietta. dengan senyuman di bibir masing2, kami bergerak seawal 7.30pagi dengan 5 biji koster menuju ke Mansurah terlebih dahulu.

~ kumpulan satu ~

nak tiba dah..

mercu tanda kebanggan wilayah Daqhaliyah (Mansurah)

memandangkan setibanya di Mansurah ada sedikit masalah berkaitan dengan 'ammu koster yg tiba-tiba xnak bawa kami ke Maqam Imam Al-Sya'rawi.. pihak pengurusan beralih destinasi menuju ke Maqam Imam Jaddulhaq. Beliau merupakan syeikhul Jami'atul Azhar yg ke 42 sblm syeikh sekarang iaitu Syeikh Tantawi. Beliau dilahirkan pd 1917 di Kampung Batruh dan meninggal dunia pd tahun 1996. Kami diberi taklimat mengenai beliau oleh ustaz yang mengiringi perjalan kami. Menurut ustaz tersebut, Imam Jaddulhaq ini telah menghafaz Al-Quran sejak kecil. Kemudian memasuki Ma'had Ahmadi Tanta seterusnya menyambung durusnya ke Al-Azhar As-Syarif sehinggalah beliau selesai ijazah kedoktorannya, phD pada tahun 1943 dalam bidang syariah. Dalam masa yg sama beliau mengambil ijazah kehakiman dan selesai pd 1945. Setelah itu beliau memulakan perkhidmatannya pada masyarakat sebagai hakim di Mahkamah Syariah kemudian menjadi Menteri Kehakiman. Pada tahun 1978, beliau telah dilantik oleh kerajaan Mesir ketika itu mejadi mufti Mesir. Setelah 4 tahun berkhidmat sebagai mufti, beliau telah dilantik menjadi Syeikhul Azhar menggantikan Syeikh Abdurrahman Fisol.

~ Maqam Imam Jaddulhaq dan persekitarannya ~

~ taklimat ringkas ~

~ di kawasan depan rumah Imam Jaddulhaq ~

seterusnya kami bergerak ke Damietta @ Dumyat.. tempat ni mmg tempat yg ditunggu2. mana taknya tempat yg mmg susah untuk akhowat pergi..kawasan ikhwah.. Destinasi pertama ialah ke Ra's U-lBar. Salah satu kawasan perlancongan yg popular.. tumpuan penduduk setempat dan pelancong asing terutama musim panas. Ia terletak di tebing barat sungai Nil yg menuju ke laut Mediterranean. Keluasannya secara kasar 2014 batu persegi. Mula2 sampai, tercari2 mana tempat pertembungan sungai Nil dgn Laut Mediterraneannya?? Macam sama je airnya.. namun bila diamati secara dekat, bleh nampak sbnrnya perbezaan mana air sungai dan mana air laut..
Subhanallah...

~ pintu gerbang Ra's Ul-Bar ~

pertembungan sungai Nil dan laut Mediterranean nampak tak bezanya???

lunch time (>_<)

ni dah kenyang makan...apalagi..berposing la


setelah makan, solat, berpusing2 + berposing2... kami pun bergerak pulang memandangkan hari pun dah semakin gelap.. nampaknya byk lg tempat yg sepatutnya pergi melawat terpaksa ditunda... ladang anggur, kawasan perkampungan Al-Jarbi, maqam-auliya... takut sampai lewat d alex nnt.. apapun perancangan Allah tu lebih baik..


antara tempat2 yg tak sempat pergi melawat sekitar Mansurah dan Dumyat:

1.
Maqam Imam As-Sya'rawi.
maqam yg terletak di kampung Daqadus di daerah Mit Al-Ghamr 30km dr Mansurah. Nama beliau sebenarnya Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi. dilahirkan pd pertengahan April di kampung Daqadus. Beliau dibesarkan dalam keluarga petani yg sederhana di tengah2 perkampungan yg dikelilingi sawah dan kaw pertanian.

Beliau telah menghafaz Al-Quran sewaktu berumur 10 tahun melalui Syeikh Abdul Majid. Pada awalnya Imam Sya'rawi ini tidak berhajat menuntut ilmu memandangkan beliau melihat ibubapanya sibuk bertungkus-lumus di ladang. Beliau bercita-cita untuk membantu orang tuanya di ladang. Namun bapa al-Imam adalah seorang yg sgt menyintai ilmu dan terlalu rapat dgn ulama' serta sentiasa mendhadiri majis2 ilmu. Oleh sebab itulah beliau tetap menghantar anaknya ke Azhar.. Imam Sya'rawi pula yg sudah bertekad untuk membantu orang tuanya di ladang membuat beberapa helah agar dirinya tidak diterima masuk ke mana2 pusat pengajian. Antara helahnya ialah, pertama beliau meletakkan getah di kelopak matanya agar matanya buta ketika sesi temuduga. Namun, sekolah itu tetap menerima masuk orang buta. Helah kedua beliau pula, beliau yg lancar hafalannya buat2 gagap bacaan ketika ujian hafalan..namun, sekolah itu tetap menerima pelajar yg gagap... Helahnya yg ketiga setelah gagal dalam dua helahnya yg pertama ialah beliau mengatakan pada ayahnya yg dia memerlukan duit yg banyak utk membeli kitab pengajiannya yg berjlid2..namun bapanya berkata bahawa kitab pengajiannya yg paling mahal ketika itu hanyalah 17 qirsh! Melihat kesungguhan bapanya yg tetap ingin melihat beliau menuntut ilmu..maka mulai hari itu Imam Sya'rawi bersungguh2 dlm pengajiannya sehinggalah tamat pengajian di Universiti Al-Azhat dalam jurusan bahasa arab pada tahun 1940.


2. Maqam Muhammad Ibn Abu Bakar
Maqam yg terletak di sebuah perkampungan di persisiran sungai Nil yg bernama Mit Damsis. penemptan ini terletak dalam kaw Aga. kedudukannya dalam ibu negeri Daqhaliyah lebih kurang 25km. Maqam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak di bahagian bawah Masjid Muhammad ibn Abu Bakar berseblahan dengan sebuah Gereja Ortodok yg merupakan gereja paling tua yakni yg lebih 1600 tahun dahulu.

Muhammad ibn Abu Bakar merupakan sahabat dan anak kpd sahabat yg paling akrab dgn Rasulullah SAW. Kehadirannya bersama rombongan tentera Islam yg dipimpin oleh Amru ibnu Al-'As dalam gerakan membebaskan Mesir dari cengkaman Rom.

3. Kawasan Perkampungan Al-Jarbi
kawasan Al-Jarbi merupakan kawsan yg istimewa di bandar Dumyat, dimana ia terletak di bahagian timur bagi tiga persegi bentuk Ra's Ul-Bar. Kawasan ini adalah kawasan merawat penyakit Rheumatism kerana tempat ini terdapat pasir kering yg mengandungi bahan Furium. Dikatakan cara merawat penyakit ini dengan membenamkan tunuh ke pasir yang di panaskan oleh cahaya matahari.

~ berjalan...berfikir..dan..mentafsir ~

Tuesday, April 28, 2009

~ I.M.T.I.H.A.N ~


- jadual imtihan akhir sanah 08/09 -
syu'bah : Syariah Islamiyah
Uni. Al-Azhar As-Syarif, Iskandariah

Imtihan Syafawi : 9 May [Qur'an, Fiqh Syafie, Fiqh Muqaran, Usul Fiqh]
Imtihan Tahriri : 16 May - Al-Quran
18 May - Fiqh Syafie
20 May - Qa'ah Bahath Fiqh Mazhab
23 May - Tauhid
25 May - Qa'ah Bahath Usul Fiqh
30 May - Fiqh Muqaran
2 Jun - Qodhoya Mu'asarah
8 Jun - Usul Fiqh

Dan Tuhanmu berfirman,
" berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang2 yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" (surah Al-Mukmin : 60)
salam imtihan semua

Wednesday, February 18, 2009

Al-Qardhawi: Saya Berharap Syahid di Gaza


Dakwatuna.com - “Saya berharap di penghujung usia saya, bisa pergi ke Gaza meskipun dengan kursi roda, saya bergabung dalam barisan pejuang kemerdekaan Palestina menentang penjajah Zionis Israel. Saya berada dibarisan depan, menembak musuh, kemudian Zionis Israel itu membalas dengan mengebom saya, saya meraih syahid di bumi Palestina.

”Ungkapan itulah yang meluncur dari lisan mulia Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional ketika menyampaikan keinginannya dalam bergabung dengan barisan syuhada Palestina. Beliau juga menegaskan bahwa perlawanan, ketegaran, dan persatuan anak bangsa Palestina di tengah upaya memecah-belah menjadi unsur utama dalam meraih kemenangan. Beliau mengungkapkan itu ketika menghadiri acara budaya rakyat di Ibu Kota Qatar, Doha, pada hari Rabu pekan lalu, dengan tema “Dan Gaza Menang”. Hadir dalam acara itu pemimpin Hamas, Khalid Misy’al. “Penduduk Gaza telah memadukan antara iman dan persatuan, sehingga Allah swt. menyatukan hati mereka. Para agresor dan anteknya berupaya mencerai-beraikan persatuan bangsa Palestina dengan blokade. Mereka menginginkan dengan kondisi kesulitan hidup, warga Palestina protes terhadap Hamas. Namun bangsa Palestina lebih memilih persatuan dan tidak menyerah. Kekuatan penjajah telah habis dan mereka tidak pernah mendapatkan target dari apa yang mereka inginkan.”Beliau menolak tudingan bahwa yang bertanggung jawab atas terbunuhnya ribuan warga Palestina adalah para pejuang perlawanan bangsa Palestina. Beliau katakan: “Mati syahid adalah cita-cita… dan jangan kamu anggap syuhada Gaza itu mati.” Sekali lagi beliau tegaskan bahwa jalan meraih kemerdekaan adalah dengan perlawanan.

“Jika anda berharap mederka dalam setiap bentuk perlawanan, anda harus memiliki senjata untuk merealisasikan harapan tersebut. Dan segala bentuk perdamaian karena ketidakberdayaan, bukanlah perdamaian sejati.”Beliau menukil ayat suci Al Qur’an: “Janganlah kaliann merasa lemah dan mengajak berdamai atau menyerah, kalian adalah lebih mulia. Dan Allah bersama kalian dan sekali-kali tidak akan menyia-nyiakan kerja-kerja kalian.” Muhammad:35 Beliau juga menambahkan bahwa kemenanngan Gaza baru kemenangan parsial, kita masih menunggu kemenangan sejati, yaitu dengan terbebaskannya negeri Palestina.

”Beliau juga mengucapkan terima kasih terhadap Amir Qatar, Syaikh Hamd bin Khalifah Aali Tsani yang menentang agresi Zionis Israel atas Gaza yang telah menelan 1415 syuhada dan 5450 luka-luka, serta berupaya menggalang persatuan pemimpin dunia Arab guna mendukung perjuangan Palestina
bagaimana pula kita?? sedarlah bagi mereka yang masih lena... isu Palestin adalah isu kita...mereka juga saudara kita....

Tuesday, February 17, 2009

Benarkah syariat Islam diambil dari undang2 Rom??

Benarkah syariat Islam diambil dari undang2 Rom??... lihatlah betapa halusnya perancangan musuh2 Islam... mereka mewujudkan unsur-unsur yg menjadikan umat Islam itu meragui sejarah Deennya sendiri..

terderik hati untuk berkongsi sebhgn dari isi kuliah Tarikh Tasyri' (Sejarah Pensyari'atan) oleh Dr. Ali Muhammad Ramadhan..

Orientalis mengeluarkan pelbagai fakta dan bukti mereka utk mengatakan bahawa syariat Islam diambil dari undang2 Rom.. antaranya ialah mereka mengatakan yg Nabi Muhammad memiliki ilmu pengetahuan yg luas ttg undang2 Rom dlm pemerintahan Rom timur... dgn ilmu yg luas ini, undang2 Rom diserapkan dgn meluas scr senyap ke dlm syariat Islam..

bukti orientalis ini ditolak oleh Fuqaha' dgn hujah2 yg mudah iaitu dgn tempat.. telah dibuktikan oleh sejarah bahawa Nabi Muhammad SAW berasal dari arab dan dilahirkan di arab iaitu Makkah Mukarramah.. dan waktu itu tidak ada tanda2 yg kawasan arab itu terkesan dgn undang2 Rom.. Selain itu, Nabi Muhammad SAW tidak pernah keluar dari kawasan Makkah ke kawasan arab yg lain kecuali 2 kali sebelum dilantik menjadi Rasul.. iaitu kali yg pertama.. ketika berumur 12 tahun, ada pendapat menyatakan 9 tahun, baginda bersama bapa saudara, Abu Talib ke Syam utk urusan berniaga. Kali yg kedua baginda ke Syam utk perniagaan yg diamanahkan oleh Khadijah ketika berumur 25 tahun.

Orientalis mengatakan pula Nabi Muhammad SAW berpengetahuan luas ttg undang2 Rom melalui pembacaan dan pembelajaran sewaktu musafif ke Syam..

Fuqaha' menolak bukti orientalis dgn sabit sejarah bahawa Nabi Muhammad SAW hidup dlm keadaan ummi (buta huruf) yakni tidak tahu membaca dan menulis dan matinya pun dlm keadaan ummi.. hujah ini dikukuhkan lagi oleh Firman Allah SWT: "Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca sesuatu kitab sebelum Al-Quran dan engkau tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu, sekiranya engkau pernah membaca dan menulis, nescaya ragu orang-orang yang mengingkarinya" [surah al-Ankabut:48]

Bukti mereka seterusnya mengatakan Fuqaha' muslimin terkesan dari guru2 perundangan Rom yg kala itu guru2 tersebut dihantar utk mengajar di sekolah2 undang2 Rom di tanah jajahan Rom.. iaitu adi Beirut, Iskandariah dan Qistintiniah (Kostentinopel). antara mereka yang terkesan ialah Imam Al-Auza'ie dan Imam Syafie.

Bukti Orientalis ini ditolak dgn hujah yg kukuh.. sejarah telah membuktikan bahawa sebelum kejatuhan empayar Rom pd 16 Dis 533M, semua sekolah undang2 Rom telah ditutup kecuali di Rom sendiri, Kostentinopel dan Beirut shj. Oleh itu, sekolah undang2 Rom selain 3 tempat tersebut tidak lagi wujud sewaktu Islam membuka Iskandariah pd tahun 641M. Selain itu, sebelum Islam membuka Beirut, sugah 4 kurun sekolah undang2 Rom itu ditutp. dan time Islam datang, perkembangan ilmu Islam sudah piun berkembang di situ..

sabit dari sejarah ini menunjukkan bahwa Imam Syafie dan Imam Al-Auza'ie yg dikatakan terkesan dgn pembelajaran undang2 Rom adalah batil. Hujah dikukuhkan lagi dengan sejarah hidup Imam Syafie: yg lahir di Ghazzah kemudian ke Mekkah, kemudian ke Madinah dan sempat bersahabat dgn Imam Malik bin Anas kemudian ke Yaman, then ke Iraq dan sempat bersahabat dgn Imam Muhammad bin Alhassan As-Shaibani AlHanafi, kemudian ke Mesir sblm wafat 4 atau 5 tahun kemudian..

Banyak lg bukti2 yg orientalis keluarkan untuk meragukan kita dlm sejarah DennulIslam.. Hakikat yg perlu kita tahu bahawa byk pertentangan yg menyatakan Syari'at Islam diambil dari Kanun Romawi. Syari'at Islam adalah wahyu dari Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah manakala Kanun Romawi lebih byk mengikut pemikiran semata...

sumber rujukan: kitab Tarikh Tasyri' fil Fiqhul Islami (Dr. Ali Muhammad Ramadhan) dan kitab Al-Madkhal liddirasah As-Syariah Al-Islamiyah (Dr. Abd Karim Zaidan).

p/s: andai post ini ada kesilapan dari segi fakta, mhn teguran utk pembetulan...

Friday, February 6, 2009

~ kembara tarbawi menhidupkan jiwa ~

sahibah seperjuangan~depan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah

Alhamdulillah, sepanjang 5 hr 4 mlm musafir...[iskandariah - tanta - shubra - kaherah - ma'rad kutub - iskandariah] telah memberikan saya:

1. jauh perjalanan luas pengalaman
2. erat tautan mahabbah
3. perkongsian cerita dan masalah peribadi mahupun ummah

4. cas kembali jiwa yang dahagakan tazkirah
5. semangat baru untuk terus istiqamah berkerja dlm perjuangan dakwah
6. nasihat serta kaedah2 yg diperlukan dlm DF
7. kita milik Dakwah...andai kita tinggalkan, bermakna kita tinggalkan satu kewajiban..

Pesanan Imam Hassan Al-Banna:
"Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah". Kamu adalah ruh baru, kamulah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an. Disini kita mentarbiyah diri sendiri dan generasi mendatang. Generasi yang siap memikul beban da’wah dan menegakkan Islam. Inilah harapan baru bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Al Qur’an dan cahaya Islam rahmatan lil alamin

Wallua'lam

Thursday, February 5, 2009

Tarbiyah Hati


Tarbiyah Hati

Hati perlu ditarbiyah atau dididik
bersungguh-sungguh supaya
menjadi hati yang hidup,
hati yang sentiasa ada hubungan dengan
Allah SWT,
hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,
hati yang yakin bahawa Allah akan
mengira segala amalannya,
hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah dan
hati yang takut akan azab Allah SWT.
Bermula dari hati….
Maka Allah akan merubah keadaan
hal sesuatu kaum itu apabila mereka merubah apa yang ada dalam hati mereka.

Saturday, January 31, 2009

I miss my sister

Nabeelah Aniyyah Baharudin
~HAPPY BELATED BIRTHDAY~
semoga dgn pertambahan umurmu yang sudah menjangkau 17 tahun
mejadikan dirimu matang dalam pelbagai aspek.
serta ia seiring dgn pertambahan amalan2 untuk bekalan yaumul akhirah kelak..
-selamat berjuang di medan SPM-
setiap kesusahan pasti ada kesenangan
jaga HDA, bykn solat tahajjud, doa dan sabar dalam menuntut ilmu..

sekadar renungan bersama..jom sama-sama kita ajak hati kita merenung sejenak. Subhanallah…. alangkah bertuahnya kita sepanjang kehidupan kita dilimpahi dengan nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung…
Mana taknya… sejak dalam kandungan, kita dipilih oleh Allah untuk berada di dalam rahim seorang ibu yang beriman kepada Allah SWT, ibu tang sentiasa berjiwa besar dan bercita-cita tinggi untuk Islam. Kemudian setelah dilahirkan, kita dipilih oleh Allah pula untuk membesar dalam suasana Islam, suasana keluarga yang nak beriman kepada Allah dan RasulNya. Kita dikenalkan dengan Allah, Rasulullah, dan para Sahabat-sahabat baginda. Seterusnya kita dipilih oleh Allah lagiuntuk menerima didikan di sekolah yang subur dengan Fikrah Islamiyah. Semua ini bukan saja-saja, bukan tak sengaja..tetapi sesuatu yang dirancang. Dirancang oleh ibu bapa kita yang mengimpikan suatu hari nanti, akan lahir zuriat keturunan mereka generasi anak-anak yang soleh. Anak-anak yang mampu bukan sahaja mendoakan mereka, bukan sahaja berbakti untuk mereka,
tetapi menjadi saham untuk hari akhirat mereka!!

Oleh yang demikian, ayuh kita sama-sama pasakkan satu keazaman dalam jiwa kita. Tidak akan kita jadikan segala yang kita dapat hari ini se-bagai suatu yang sia-sia. Jangan kita biarkan diri kita hanyut dengan kehidupan yang rendah dan tidak bernilai disisi Allah..

Thursday, January 29, 2009

2009ku bermula dgn sejuta tajribah

Uni. Al-Azhar, Iskandariah

depan kuliah banat


ni la kad matrix...


tasdiq kuliah sesi 08/09

paper tafsir ayat ahkam - 12 Jan 09

paper tarikh tasyri' - 15 Jan 09

paper nahu dan sarf - 19 Jan 09

paper 'ulum hadith - 26 Jan 09
Lembaran tahun ni dibuka dgn perjuangan di medan imtihan yg berlangsung selama hampir 3 minggu.. sem 1 ni bg syu'bah syariah ada 5 madah..[tafsir ayat ahkam, tarikh tasyrik, nahu wa sarf, english, dan ulum hadis].. apa lagi...bergelumanglah kami warga Azhar dgn nota2 kuliah, cuba fhm nota2 muhadarah2 doktor/h, hafal kitab...hmmm mmg benar2 menguji..
gmbr2 diatas adalah sbhgian dr paper2 imtihan...
mcm x percaya je setiap madah kertas soalannya sehelai je!! kalo bernasib baik dapat la yg bertaip comp.. yg teruji bila dpt kertas soalan dlm tulisan tgn doktor.. wpun sehelai je papernya..jwpn yg doktor nk x leh la kita pun bagi sehelai gak...kdg2 soalan yg diberi pendek2 tp berangkai2... ada gak soalan sikit tp jwpn yg dia nk berjela2.. smuanya benar2 menguji..
Teringat pesan ayah dlm sms yg dihntr mlm sblm hari first exam..
"Asm. Selamat berjuang dlm medan imtihan. Anggaplah ia sbg suatuyg besar dan awlawi pd tahap ini. Insya Allah byk lagi ujian yg akan dilalui. Doa+sabar sebagai bekalan"
Inilah dunia, medan di mana manusia di uji dan menjalani peperiksaan - agar diketahui di kelompok manusia mana kita berada; kelompok yang akan masuk syurga atau kelompok yang masuk ke neraka, wa na’uudzubillaahi min dzaalik. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” [al-Mulk:2].
Setiap ujian yang datang bertandang tanpa diduga adalah bertujuan untuk menguji kecekapan iman kita. Di sinilah letaknya penilaian Allah terhadap kita.

~ will be update ~