Sunday, December 14, 2008

imtihan oh imtihan....


...byknya kitab kena hadam...

imtihan fasa pertama kian menjelma.. kini semua yg berada di Uni. Al-azhar pulun sakan pi kuliah, amik muqarrar, hadir klas tuition, wt study group...tp satu perkara yang mmg perlu kita sedar bahawa pada setiap kali kita bangun dari lena kita ialah dunia yang kita diami ini adalah merupakan medan peperiksaan sebenar kita. Apakah hidup hanya untuk makan? TIdur? Mandi? Cari wang? Belajar?Bermain? Kemudian kita semua mati meninggalkan dunia. Apakah kematian destinasi terakhir? Alangkah sia-sia jika hanya itu tujuan kita hidup di sini. Tidak ubah seperti robot bernyawa yang berkidmat untuk diri dan tuannya, kemudian setelah sampai waktu luputnya, setelah rosak komponen-komponen dalamannya, maka ia di campak ke dalam tong sampah mengakhiri fungsi hidupnya.

Inilah dunia, medan di mana manusia di uji dan menjalani peperiksaan - agar diketahui di kelompok manusia mana kita berada; kelompok yang akan masuk syurga atau kelompok yang masuk ke neraka, wa na’uudzubillaahi min dzaalik. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” [al-Mulk:2]

Cuba kita fikirkan sebentar, kalau di universiti kejayaan dan kecermelangan kita diukur oleh natijah yang kita perolehi hasil dari peperiksaan. Mungkin ada di kalangan kita yang mumtaz, tetapi ada juga yg pling kurang pun dpt jayyid. Peperiksaan ini tidak lain hanyalah untuk menguji sejauh mana pencapaian dan kebolehan kita. betul tak?? Begitulah juga dengan kehidupan ini. Setiap ujian yang datang bertandang tanpa diduga adalah bertujuan untuk menguji kecekapan iman kita. Di sinilah letaknya penilaian Allah terhadap kita.

Oleh itu duhai diriku dan teman-temanku yang jauh dari bayangan mata, hadapilah setiap cubaan dari Allah dengan keimanan kepadaNya. Berhati-hatilah, adakalanya ujian datang dalam bentuk kenikmatan. Kecantikan, kepandaian, kekayaan, kebolehan dan bakat juga merupakan ujian dari Allah. Apatah lagi kemiskinan, kegagalan, kekurangan dan kesugulan juga merupakan didikan dariNya. Semua bentuk ujian ini adalah untuk memantapkan jiwa dan aqli kita. ..."ujian adalah tarbiyah dari Allah..apakah kitakan sabar atau sebaliknya"...teringat plak bait2 indah dari nasyeed kump Raihan..hehehe..Sama-sama kita jadikan Al-Quran sebagai teman kerana tersemat di dalamnya sejuta kekuatan.


Saturday, December 13, 2008

~Aidiladha 1429H~



- korban di Iskandariah -



- korban di Hayyu thamin, kaherah -

alhamdulillah, merasai raya wt kali pertama berjauhan dari keluarga tercinta..

meriah tu mmg meriah...bagai terpesona tengok warga mesir korban..hehehe..

sekadar berkongsi gambar dari cn..

semoga Aidiladha kali ini lebih memahamkan kita akan erti pegorbanan demi kerja-kerja DNT kita..

Kullu 'am wa antum bi khair







rindu yg tak pernah padam....


4 my beloved..

ummi~Mazlina Esa~07 Dec

cute bro~Ahmad Muaz Baharudin~10 Dec

ayah~Dr.Baharudin Suri~13 Dec


-Mg kalian panjang umur n di murahkan rezeki-
kukuhkan langkah teguhkan azam
agar kita tidak karam oleh tipu daya kehidupan
...miss u all lot...