Thursday, August 6, 2009

Hatta Ya'lam Asy-syabab 1

diskusi kitab yang pernah didiskusikan oleh salah seorang mahasiswa Azhar telah membuka mata dan minda kami sebagai syabab di ardhul kinanah ini. Kitab "Hatta Ya'lam Asy-syabab" ini merupakan isi khutbah yg pernah disampaikan oleh alfadhil ustaz Abdullah Nasih Ulwan kemudian ditulis dan dibukukan.

Kenapa saya mengatakan isi kitab ni membuka mata dan minda kami?? Sebab ia membincangkan Apa yg dikehendaki oleh Islam kepada para pemuda dan pemudi?? interesting kan? Pemuda-pemudi itulah syabab! Yg mana membawa kami menjelajahi 2 persoalan besar yaitu:
  1. kenapa pemuda/i itu diciptakan??
  2. dan apa peranan kita sebagai pemuda/i??
Jom kita tengok persoalan pertama: Kenapa pemuda/i diciptakan??
kita, yg digelarkan pemuda-pemudi dicipt
akan utk realisasikan sbg:-

Pertama: utk meletakkan matlamat hidup kita ber'ubudiyah hanya kepada Allah SWT yakni hamba 100%, ketundukan pada yg Maha Pencipta. Firman Allah: "Dan tidaklah kami ciptakan jin dan manusia itu hanya utk beribadah kepada Kami". [Az-Zariyat:56]

Kedua: utk iltizam dan istiqamah pada manhaj rabbani yg tidak ada kebatilan di dalamnya yakni manhaj Islam.. dan siapa yg mencari selian Islam, sia-sialah hidupnya.

Firman Allah: "Dan barangsiapa mencari agama selain Allah, dia tidak sekali-kali akan diterima, dan diakhirat dia termasuk org yg rugi". [Al-Imran:85]
Firman Allah lagi: "Dan siapakah yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebaikan.." [Fussilat:33]

Ketiga: utk memberi wala' dan taat setia hanya kpd Allah dan RasulNya serta pemimpin2 yg menjaga Islam, dan mengambil Islam sbg cara hidup bukan sbg nama..

Sebab apa utk realisasikan perkara-perkara di atas?? Sudah tentu utk mewujudkan hukum-hukum Allah dlm diri kemudian di atas muka bumi ini utk membebaskan manusia dari penyembahan sesama sendiri kepada penyembahan Allah yg Esa.

So, bagaimana 'n' macamana kita nak jay
akan hukum-hukum Allah? disinilah kita rungkaikan persoalan kedua: Dan apa peranan atau kepentingan kita sbg pemuda-pemudi??

Kita takkan dapat merasa pentingnya pemuda-pemudi.. berperanannya kita sbg syabab selagi mana tidak memiliki 5 sifat asas yg menjadi tunjang utk kemantapan dan keteguhan peribadi diri:-

Pertama: Dengan iman yg benar lg tetap. Ia tidak tergoncang bilamana ada cabaran dan dugaan yg datang. Firman Allah: "Sesungguhnya oran
g0orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar". [Al-Hujurat:15]

Kedua: Ikhlas pada Allah dlm bekerja bukan menunjuk-nunjuk perjuangan. Firman Allah: "Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas mentaatinya semata-mata kerana menjalankan Deen..." [Al-Bayyinah:5]

Satu kata-kata hikmat tentang ikhlas ini ingin saya tueut coretkan... "Tinggalkan amal kebaikan kerana manusia adalah riya' dan buat amal
kerana manusia pun dikira menjadi syirik".

Ketiga: Memiliki keazaman yg padu yakni tidak takut ataupun bimbang dgn apa yg bakal datang. Firman Allah: "Yaitu orang-orang yg menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada siapapun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan". [Al-Ahzab:39]

Keempat: Beramal dgn tekun dan tidak tahu erti 'boring' malah berterusan dalam amal2 perjuangan.

Kelima: Sanggup berkorban walaupun pengorbanan itu tinggi.

Hakikatnya, 5 sifat ini penting dlm pembentukan peribadi syaba itu sendiri kerana ia membenarkan apa yg dijanjikan Allah terhada
p golongan pemuda. Dan sifat2 ini takkan bersatu dgn teguh melainkan pada golongan 'syabab' khususnya golongan muda yg beriman.

Kerana dgn memiliki hati dan jiwa yg benar adalah asas kepada iman, merasa keberuntungan yg suci dan tulen adalah asa kepada keikhlasan, memiliki syu'ur yg kuat adalah tunjang kepada keazaman yg padu, memliki kekuatan dan kem
ampuan spt golongan muda asas kepada amal2 perjuangan dan asas kepada pengorbanan adalah dengan memiliki aqidah yg mantap.

Inilah rahsia kekuatan dan kemuliaan bagaimana syabab2 yg beriman mencapai kejayaan pada marhalah era kebangkitan umat Islam dahulu.

Firman Allah: "Sesungguhnya mer
eka adalah pemuda-pemuda yg beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepda mereka?" [Al-Kahfi:13]



Mengapa kita perlu tahu kisah2 syabab yg terdahulu malah mengagungkan sejarah mereka??

Kisah2 merekalah sbg pemangkin semangat kita utk terus istiqamah dlm medan perjuangan dan utk kita lahirkan rasa cemburu pada sahabat2 yg telah berjaya dalam misi meletakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Dan mereka telah mendapat kedudukan yg tinggi disisi Allah. Mereka semua terdiri dalam kalangan pemuda!

Sebagaimana yg kita tahu, golongan syabab inilah yg digelar 'JeelulQuran'. Yg mana seruan dakwah bermula secara sirr di darul 'Arqam kemudian berkembangnya dakwah ini dan terus tersebarnya Islam ke serata tempat oleh tangan2 golongan org muda.

Mari kita lihat, Rasulullah diutuskan menjadi rasul utk menyampaikan dakwah ketika berumur 40 tahun. kemudian Abu Bakar r.a yg usia muda 3 tahun drpd baginda, Umar r.a ketika berumur 27 tahun, Uthman r.a yg usia lebih muda dr bagnida, manakala Ali r.a paling muda di antara mereka semua. Begitu juga Abdullah ibn Mas'ud, Abdurrahman ibn Auf, Al-Arqam ibn Abi Arqam, Said ibn Yazid, Mus'ab ibn Umair, Bilal ibn Rabah, Umar ibn Yasir bahkan ramai lg.. dan mereka semua adalah pemuda!

Apa yg dapat disimpulkan disini bilamana kita lihat kembali generasi awal Islam ini dimana generasi ini dikenali sbg generasi Al-Quran yg hanya mengambil sistem yg diturunkan oleh Allah SWT shj. Yakni mereka tidak mencipta sistem hidup menurut kehendak nafsu mereka sendiri. Mereka telah menerima wahyu dari Allah SWT bagi menerangi dan memandu jalan hidup mereka.

Hakikatnya, genersai inilah yg telah menjalani tarbiyah di bawah pimpinan Rasulullah SAW berpandukan wahyu Allah SWT sbg sumber pembentukan hingga lahir peribadi2 muslim yg berjiwa tauhid malah tidak terpengaruh ataupun dipengaruhi oleh nilai2 tamak keduniaan.

Generasi pertama Islam itu telahpun berjaya menghapuskan al-ghurbatulawwal (dagang yg pertama). Maka kita generasi sekarang khusunya golongan syabab wajiblah pula bekerja dgn penuh iltizam utk menghapuskan al-ghurbah ath-thaniah (dagang yg kedua).

~Islam datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang..
beruntunglah mereka yang berada ketika itu~


2 comments:

Abumuaz, MD(UKM) MMedSci(UK) said...

Salam,
Ok juga tulisan dan kupasan ni. Agaknya baru muqadimmah! InsyA teruskan menulis sebagai medan dakwah. Cume nak tanya pemuda/i ni tahap umurnya sampai mana ye? Macam ana ini tak boleh panggil pemuda lagi kot. Tapi by pengalaman bila umur dah hampir 50an ni dan banyak buat kerja2 Islam, terasa muda dan bertenaga...itulah agaknya yang Cikgu Abdoh kata selalu muda atau tua bukan diukur pada tari lahirnya, tapi amal2 yg dilaksanakan secara berterusan. Wallahu'alam.

nurizbhr said...

to Abumuaz...
walaupun umur ayah hampir 50an, izzah xnampak ayah tua pun.. :)

Imam Ghazali pernah berkata:
kalau kita hidup atas muka bumi ni kerana diri sendiri, pasti akan terasa hidup ini pendek dan tidak bermanfaat. tapi kalau hidup kerana orang lain yakni berjuang utk Islam pasti akan terasa hidup ini panjang dan bermanfaat..