Tuesday, August 25, 2009

21st... diriku dah boleh mengundi

KAHERAH, 18 Ogos 2009: Hari ini Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27. Pada hari ini juga sesi pemilihan berlangsung bagi memilih kepimpinan untuk sesi 2009/2010 akan datang. Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27 ini dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin, Madinah Nasr, Keherah dan akan dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir, Tuan Haji Ahmad Hanif bin Hj Naim.

Seramai 10 calon menawarkan diri untuk merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKPJM bagi sesi 2009/2010. Tiga calon bakal tersingkir kerana hanya 7 orang sahaja yang mendapat undian tertinggi akan menduduki kerusi terse
but.

Salah seorang pegawai Suruhanjaya Pilihanraya yang ditemui berkata, "kesemua persiapan pusat mengundi telah selesai. Diharap kepada ahli-ahli BKPJM yang layak mengundi turun awal pada waktu yang ditetapkan, bagi melicinkan proses pengundian."

Beliau menambah lagi, "Pusat pengundian bagi mahasiswa adalah di bilik 7, dan bagi mahasiswi di bilik 5".

Pada pemilihan kali ini kerusi Yang DiPertua kali pertama dipertandingkan sejak penubuhan Badan Kebajikan Pelaja-Pelajr Johor Di Mesir. Saudara Basir bin Mohamed salah seorang calon merupakan mahasiswa tahun akhir Kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar Kaherah yang juga Timbalan Yang DiPertua BKPJM sesi 2008/2009 bakal ditentang oleh saudaraMohd Zaki bin M. Noor juga dari universiti yang sama merupakan siswa tahun akhir Kuliah Bahasa Arab.

Muhammad Yazid bin Hanzir dari Kuliah Perubatan dari Universiti Al Azhar, memecahkan tradisi kepimpinan BKPJM yang telah didominasi sejak sekian lama oleh pelajar-pelajar pengajian Islam telah menawarkan diri sebagai calon bagi kerusi AJKT.

Bagaimanapun, calon-calon dari kepimpinan Hal Eh
wal Wanita Islam (HEWI) BKPJM kesemuanya menang tanpa bertangding. Kerusi Ketua HEWI dimenangi oleh saudari Khairunnisaa binti Zulkarnain, pelajar tahun dua, Kuliah Syariah, Universiti Al Azhar, Kaherah.

p/s: 17 ogos 2009 tarikh yg xdpt dilupakan yg mne diri ini yg bru menganjak usia 21 yg layak utk mengundi akhirnya dapat mengundi wpun bukan berada di Malaysia. Memilih pemimpin BKJPM 2009/2010 bukan suatu yg mudah... dan akhirnya...


KAHERAH, 18 Ogos 2009: Seramai 119 ahli Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih. Suasana yang agak meriah kelihatan di perkarangan Asrama Pelajar Johor Seksyen 8 dengan poster-poster calon yang bertanding. Bagaimanapun tidak semua calon meletakkan poster-poster mereka. Suasana ini tidak pernah ada sejak sekian lama sehingga tercipta sejarah pada hari ini kerusi Yang DiPertua dipertandingkan.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melanjutkan waktu pengundian bagi pemilih-pemilih Kaherah, kerana pusat pengundian yang diberitakan akan dibuka seawal 7 pagi tetapi dibuka pada jam 8 pagi dan ianya dilanjutkan sehingga 9.30 pagi. Bagi pengundi-pengundi muhafazah pula dibuka pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Pilihanraya berjalan dengan lancar dan baik dan tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27, bermula pada jam 9.30 pagi dan ia diserikan dengan ucapan pengarah Lajnah Khas Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM 2009 saudara Mohd Rasul bin Amat, wakil Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir saudara Mohd Zuhaili bin Saiman dan dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir Tuan Haji Ahmad Hanif bin Hj Naim.

Kehadiran agak memberangsangkan setelah jam menunjukan hampir kepada 12 tengahari. Mahasiswa dan mahasiswi Johor sekitar Kaherah dan Muhafazah tidak ketinggalan mengisi ruang-ruang perbahasan, muhasabah, cadangan dan kadang-kadang diserikan dengan hilai tawa dari para perwakilan yang kadang-kadang agak melucukan.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ini juga dua usul tergempar telah diterima sebulat suara. Usul pertama datang dari salah seorang anggota lembaga penasihat BKPJM sendiri iaitu saudara Muhd Hairi Hamzah. Usul tersebut berbunyi "Panggilan mesyuarat agung hendaklah dibuat oleh Setiausaha Agung melalui surat pekeliling sahaja". Usul ini terdapat dalam Bab Keenam, Fasal 24, nombor 4. Usul kedua dibawa oleh mahasiswi dari perwakilan Mansurah iaitu saudari Noreha binti Mahat yang berbunyi "BKPJM Menggemleng Kekuatan, Meneguh Kesatuan".

Apa yang ditunggu-tunggu oleh para perwakilan ialah keputusan bagi pemilihan pimpinan bagi sesi 2009-2010. Pihak SPR mengumumkannya sekitar jam 8 malam (waktu Mesir). Bagi calon Ahli Jawatankuasa Unit HEWI BKPJM kesemua calon-calon menang tanpa bertanding. Mereka adalah Khairunnisaa binti Zulkarnain bagi jawatan Ketua HEWI BKPJM, dan 6 kerusi AJKU HEWI BKPJM disandang oleh Syarifah Masykurah binti Syed Mustafa Kamal, Nurul Ainn binti Mistham, Nur Atiqah Najihah binti Ibrahim, Umi Kalsom binti Mohamed Uyob, Nur Atikah binti Roslin, Maryana binti Din. Manakala AJKU yang kekal ialah Nur Aliaa binti Ahmad dan Masyitah binti Razali.

Bagi calon-calon Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa tadbir BKPJM bagi sesi 2009-2010 ialah seperti berikut:
Calon Yang Dipertua:
1. Basir bin Mohamed: 95 undi
2. Mohd Zaki M.Noor: 23 undi
Mejoriti: 72 undi
Undi rosak: 1

Calon AJKT:
1. Mohd Khairul Anwar Tajuddin: 110 undi 2. Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal: 110 undi 3. Muhammad Yazid Hanzir: 109 undi 4. Mohd Nur Ahmad: 99 undi 5. Ahmad Daniel Mohmad Hassan: 96 undi 6. Muhhamad Amin Sailan: 95 undi 7. Muhammad Khaidir Hanizan: 92 undi
8. Mohd Faiz Esa: 44 undi
9. Kamal Ariff Mohd Bakri: 41 undi
10. Mohd Huefiros Efizi Husain: 31 undi
Manakala AJKT kekal ialah saudara Zulfekri bin Abdullah dan Mohd Farhan bin Tamin. laporan dipetik dari di http://al-jauhar.blogspot.com

Alhamdulillah.. yg diundi tercalon dalam ajkt 2009/2010..

2 comments:

mazlina said...

Salam,
Moga usia 21 yg lalu mendapat keberkatanNya. Lama masa tu. Moga masa akan datang lebih dimunafaatkan.
Dah daftar SPR online sbgi pemilih?
Jika ada PRU, bolehlah undi pos.
Wassalam
Ummi

nurizbhr said...

salam
izzah daftar SPR BKPJM je.
undi utk YDP dan ajkt sesi 2009/2010.
ada gak la pengalaman mengundi
sblm mengundi yg real kat msia nanti..