Saturday, December 27, 2008

Sunday, December 14, 2008

imtihan oh imtihan....


...byknya kitab kena hadam...

imtihan fasa pertama kian menjelma.. kini semua yg berada di Uni. Al-azhar pulun sakan pi kuliah, amik muqarrar, hadir klas tuition, wt study group...tp satu perkara yang mmg perlu kita sedar bahawa pada setiap kali kita bangun dari lena kita ialah dunia yang kita diami ini adalah merupakan medan peperiksaan sebenar kita. Apakah hidup hanya untuk makan? TIdur? Mandi? Cari wang? Belajar?Bermain? Kemudian kita semua mati meninggalkan dunia. Apakah kematian destinasi terakhir? Alangkah sia-sia jika hanya itu tujuan kita hidup di sini. Tidak ubah seperti robot bernyawa yang berkidmat untuk diri dan tuannya, kemudian setelah sampai waktu luputnya, setelah rosak komponen-komponen dalamannya, maka ia di campak ke dalam tong sampah mengakhiri fungsi hidupnya.

Inilah dunia, medan di mana manusia di uji dan menjalani peperiksaan - agar diketahui di kelompok manusia mana kita berada; kelompok yang akan masuk syurga atau kelompok yang masuk ke neraka, wa na’uudzubillaahi min dzaalik. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” [al-Mulk:2]

Cuba kita fikirkan sebentar, kalau di universiti kejayaan dan kecermelangan kita diukur oleh natijah yang kita perolehi hasil dari peperiksaan. Mungkin ada di kalangan kita yang mumtaz, tetapi ada juga yg pling kurang pun dpt jayyid. Peperiksaan ini tidak lain hanyalah untuk menguji sejauh mana pencapaian dan kebolehan kita. betul tak?? Begitulah juga dengan kehidupan ini. Setiap ujian yang datang bertandang tanpa diduga adalah bertujuan untuk menguji kecekapan iman kita. Di sinilah letaknya penilaian Allah terhadap kita.

Oleh itu duhai diriku dan teman-temanku yang jauh dari bayangan mata, hadapilah setiap cubaan dari Allah dengan keimanan kepadaNya. Berhati-hatilah, adakalanya ujian datang dalam bentuk kenikmatan. Kecantikan, kepandaian, kekayaan, kebolehan dan bakat juga merupakan ujian dari Allah. Apatah lagi kemiskinan, kegagalan, kekurangan dan kesugulan juga merupakan didikan dariNya. Semua bentuk ujian ini adalah untuk memantapkan jiwa dan aqli kita. ..."ujian adalah tarbiyah dari Allah..apakah kitakan sabar atau sebaliknya"...teringat plak bait2 indah dari nasyeed kump Raihan..hehehe..Sama-sama kita jadikan Al-Quran sebagai teman kerana tersemat di dalamnya sejuta kekuatan.


Saturday, December 13, 2008

~Aidiladha 1429H~



- korban di Iskandariah -



- korban di Hayyu thamin, kaherah -

alhamdulillah, merasai raya wt kali pertama berjauhan dari keluarga tercinta..

meriah tu mmg meriah...bagai terpesona tengok warga mesir korban..hehehe..

sekadar berkongsi gambar dari cn..

semoga Aidiladha kali ini lebih memahamkan kita akan erti pegorbanan demi kerja-kerja DNT kita..

Kullu 'am wa antum bi khair







rindu yg tak pernah padam....


4 my beloved..

ummi~Mazlina Esa~07 Dec

cute bro~Ahmad Muaz Baharudin~10 Dec

ayah~Dr.Baharudin Suri~13 Dec


-Mg kalian panjang umur n di murahkan rezeki-
kukuhkan langkah teguhkan azam
agar kita tidak karam oleh tipu daya kehidupan
...miss u all lot...

Monday, November 10, 2008

Khabar dari Perlembahan Nil






-jaulah maqam-




-jejak kasih di Ismailiyyah-


-masjid Azhar-



di masjid Azhar


Alhamdulillah..kesyukuran tak terhingga dituturkan simbolik mensyukuri nikmat Allah y x terhitung luasnya...tinggal 3 hari lagi maka genap r sebulan menjadi perantau di ardhul kinanah ini... Kota Kaherah y telah berumur menjangkau lbh seribu abad.. yg saya saksikan setakat di Kaherah tidaklah seteruk mana dgn khabar-khabar yg didengari awal-awal lagi di Malaysia. Ada yg kata “tengok sahaja airport, terasa nak balik dah.” Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorang gelap penuh dgn sampah-sarap, lopak-lopak air, kereta keldai yg turut gah sama kereta moden di jalan raya, dan pelbagai ld keadaan yg menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walaubagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung Mesir...Al-Azhar...sebuah gudang ilmu y terkenal di seluruh dunia...Universiti Islam pertama di dunia y telah ditubuhkan oleh Khalifah Aziz Billah pd tahun 969 masihi..

Pendidikan tinggi di Al-Azhar, yg pd asalnya hanyalah merangkumi 3 fakulti asas: Bahasa Arab, Syariah wal Qanun, dan Usuluddin. Seterusnya, Al-Azhar telah mengembangkn sayap pendidikannya dgn menambah fakulti2 baru mengikut perkembangan semasa. Antaranya: perubatan, engineering, pertanian, business dll..sehingga kini t'dpt 52 fakulti di Uni. Al-Azhar....mengikut maklumat yg diberi, fakulti2 baru ini dlm bentuk teori dan praktikal...malah m'punyai keistimewaan y ketara b'banding fakulti2 y sama di U lain krn ia meliputi pembelajaran Islam di samping subjek2 asas..Para pljrnya di beri ilmu y mantap dgn didasari o keyakinan kpd Allah dlm usaha m'jgkan mereka sbd role model y terbaik kpd masyarakat..

ketibaanku bersama 26 sahabat seperjuangan (17 ikhwah, 9 akhowat) dari johor disambut mesra o kakak-abang senior dari BKPJM (badan kebajikan pelajar johor mesir) di mator jadid. masing2 berbekalkan semangat dan azam y tinggi sbg perisai bg menempuh mehnah & rona kehidupan spnjg keberadaan di bumi y penuh barakah ini..

hmm..berikut adalah agenda2 kabir selama tiba di cn..

''Hari Pengetahuan & Silaturrahim'' [13-15 Okt 08]
program y di anjurkan oleh BKPJM u mahasiswa2 yg baru sampai ke bumi ardhul kinanah..taklimat 3 hari oleh badan kebajikan anak negeri di sini mengenai selok belok keselamatan, kesihatan, hal-hal perkuliahan dan sebagainya, diiringi dgn pelbagai nasihat2 yg berguna. selama 3 hari ini, kami dikuarantin dari keluar dan mandi bg menyesuaikan badan dgn cuaca disini..

"Jamuan raya pljr2 johor Mesir" [16 Okt 08]-
dgn bertemakn "Simfoni kasih di Aidilfitri" mencipta suasana meriah dgn ukhwahy t'jalin di antara adik2 baru dgn kakak-abang senior. disamping juazah lazizah, diserikan lg dgn persembahan pentomen dan nasyeed serta nasihat dr YDP, ust. Firdauz Noh. paling menarik, perasmian dgn simbolik mencucuh api pd meriam..

"Ziarah Masjid Azhar" [17 Okt 08]
masjid y jd tumpuan ramai u beribadah dan menambah ilmu dgn prog2 talaqqi dll. dibawa o kak haujah dan kak rabeah..berkesempatan menunaikan solat fardu jumaat..seusai solat, km dibw meninjau2 kaw masjid ini sambil kak haujah m'beri penerangan ttg masjid ini y pembinaannya bermula o Jauhari as-Saqoli, seorg panglima perang pd zmn Fatimiyyah. usaha pembinaan ini selesai pd hr jumaat, 22 Jun 972 masihi dan pd hr jumaat y b'sejarah inilah, solat jumaat y pertama didirikn di masjid ini. pd thun 988M, Ya'kub bin Kals, seorg wali krjaan Abbasiyah tlh mencadangkan kpd Khalifah u m'jdkn masjid Al-Azhar sbg Jami'ah, institusi pendidikan y menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. bermula dr tarikh itu, ramai umat Islam dtg berduyun2 utk menimba ilmu..

"Jaulah Maqam" [24 Okt 08]
km dibw m'ziarahi makam2 y t'dpt di bumi kinanah ini. makam y pertama km lawati ialah makam Syeikh Soleh Al-Jaafari y merupakan Imam Jami' Azhar..turut dipamerkan brg2 milik syeikhsewk2 hidup beiau. sblm dibenarkan masuk ke dlm makam t'sebut, km diberi serba sedikit taklimat o Ust. Masnor Hamzah ttg adab2 smsa berada di dlm kawasan makam..km juga b'kesempatan menziarahi makam Imam Syafi'i. dikatakan terdpt kesan tapak kaki junjungan besar Nabi Muhammad saw di makam Imam Syafi'i. makam2 y turut km ziarah antaranya...Sayidatina Zainab ra,
Sayidatina Sukaynah ra, Sayidatina Ruqaiyyah ra, Sayidatina Atikah ra, Sayidatina Nafisah, Sayida Ali Muhammad b. Jaafar As-Sadiq, Amru Al-'As di Kota Fustat dan byk lg...Turut kami lawati ialah masjid Sayeeda Zainab, masjid Ibnu Tulun, masjid Salahuddin al-Ayyubi dan masjid Sultan Hassan (masjid 4 mazhab)..di cn, lfz subhanllah berulang2 meniti di bibir melihatkn keindahan ukiran2 dan keunikan bangunan2 masjid ini. t'dpt 4 ruang bilik y dikhususkn u keempat2 Imam: Imam al-Syafi'i. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam Ahmad b. Hanbal..juga t'dpt ruang rak2 buku di sekeliling dinding masjid ttp telah ditutup. pengembaraan sehari suntuk mmg letih tp berjaya m'buka minda u terus taqarrub kpd Allah..b'jalan..melihat..dan mentafsir...

"Hujan di Cairo!!" [24 Okt 08]
kalo kat Msia, hujan turun xde sape yg heran...tp di bumi mesir ini, sekali hujan turun, semua melakarkn senyuman sambil mata teruja!! hehehe..cn hujan amat jarang sekali berlaku..biasanya ia berlaku sbg tanda pertukaran musim. Alhamdllh..Allah izin dpt merasai 1st time hujan di Cairo y mjd tanda msuknya musim syita' (sejuk)..

"KEJORA 08" [25-27 Okt 08]
tempat: Mu'askar, Ismailiyyah
Program Kembara Jejak Realiti @ KEJORA y dikhususkan buat mahasiswa/i baru seluruh Malaysia, u beri gambaran, panduan dan pendedahan bagaimana cara hidup, bljr dan muamalah di bumi Mesir ini. di samping itu, dpt menjalinkan ukhwwah di antara sesama msswa baru. pendedahan serta maklumat dr pelbagai aspek turut dikongsi y berkaitan dgn keselamatan, sstm pengajian, hak2 msswa luar negara..."sesungguhnya berbanggajah kamu krn kalianlh merupakan duta kecil Islam y dihntr dan dipilih o Allah u meneruskan perjuangan suci srt memenuhi tuntutan Islam iaitu menuntut dan mencari mutiara ilmu Allah disini"..antara kata2 nasihat o kak faizah md ali..

1st day:- perasmian - Al-Azhar & sjrhnya - mahasiswa & Undang2 - motivasi: 'Nak ke tak nak?' - LDK - Talk-show: 'Aku mahasiswa Islam'

2nd day;- qiam - riadah - forum:'Biah solehah' - slot:'Kuliah Anda' - LDK- slot Bahasa Arab - Talk-show:Tarbiyyah Ruhiyyah

3rd day;- qiam - riadah - forum:'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' - ceramah:Konsep & tuntutan Syahadah - chit-chat bersama DPN dan raisah BKAN - GKB:jalan2 cr ilmu - resolusi & muhasabah - majlis penutup

paling x lupa...slot BA diserikan dgn motivasi o Nazri Johani (ex-Raihan) sambil mempromote kamus al-miftah..

"Nama muqayyad" [28 Okt 08]
hari y ditunggu2 o smua mahasiswa baru u menentukan mendpt tempat sbg pljr Al-Azhar di Kaherah atau furu'nya dan syukbah y dipohon... Alhmdllh diriku memperoleh sptmne y dipohon..syukbah syariah islamiyah di Al-Azhar caw Iskandariah..hmm sama dgn Alimah.. manakala rkn2 akhowat johor y lain: cairo:6, Alex:3, Mansoura:1..
buat masa ni bg y blum ditauzi' ke furu' masing2, km men'join'kn diri di kuliah pengajian di Uni.Al-Azhar, Kaherah..

"1st time ke su' (pasar)" [30 Okt 08]
hmmm..tatkala kaki menjejaki pasar d cn wt kali pertama...agak teruja tengok keadaannnya..sbbnya?? sayur2 yg dijual esp labu..smuanya besar2 jiddan..ayam y hidup pun dijual kat cn..just letak ats meja..x lari @ terbang ayamnya..gaya cm redha akan disebelih bke2 masa..kambing hidup pun ada!! sape nk beli..depa akn sembelih kat c2 gak..kiranya dpt fresh2 laa..hmmm..susah nk citer lat cn..kena p tengok dgn mata kepala sendiri!! mak la mesir..he2..

"Daurah Ilmu Sarf" [3-4 Nov 08]
prog diskusi kitab tashrif bina af'al y dibimbing o Ust. Masnor Hamzah..

"Daurah Ilmu Nahu" [11-12 Nov 08]
prog mcm daurah ilmu sarf cuma menggunakn kitab lain...

Insya Allah...13b ni akan berpindah ke Iskandariah..u meneruskan pengajian di sne..

Qalallahu ta'ala:
" Tidak sepatutnya bagi orang mukmin itu pergi semuanya ke medan perang kenapa tidak pergi tiap-tiap dari golongan di antara mereka beberapa orang yang memperdalamkan ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya setelah pulang supaya mereka itu dapat menjada dirinya"
-surah At-Taubah:122-

"Kalau hidup u diri sendiri, maka kehidupan akan terasa sgt pendek dan tidak bermakna...tp kalau hidup u orang lain, kehidupan menjadi panjang dan bermakna" -Syed Qutb-




Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
dari kami sekeluarga...


-Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu-

PESANAN MUROBBIKU...






Alhamdulillah, kini kita dapat lagi bersua. Bersua dalam rangka menjalinkan nilai ukhuwah yang sebenar. Bersua untuk menggapai Redha Allah. Bukankah itu nilai yang amat bermakna. Kali ini, ingin ku kongsikan bersama anda semua beberapa pesanan oleh Murobbiku di MATRI sebelum kuberangkat ke Bumi Anbia'
petikan dr blog akhi-rakhaiz..

Pesan Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain;

Risalah ini perlu dibawa dimana saja kita berada, walau sebagai apa pun kita, risalah kita tetap untuk Melaksanakan Petunjuk ALLAH dalam setiap ketika.
Kita tidak akan berasa bahagia selagi perkara ini tidak dilaksanakan dan tidak akan berhenti perjuangan sehingga hal ini dilaksanakan. Kita menuntut ilmu adalah sebahagian daripada perjuangan. Semua ini adalah wasilah untuk melaksanakan petunjuk Allah. Selagi itu kita kita tidak boleh berhenti walau sekejap pun. Kalau perkara lain kita boleh lupa sekejap tetapi risalah ini kita boleh lupa.
Dari segi disiplin Ilmu,dari segi pengajaran university itu bersistematik . Ada Intiqa` (secara langsung) dan ada buhus. Harus baik dengan pensyarah dan beri hadiah. Pengisian Rohani perlu ada senantiasa. Sifat ta`wun, tafahum dan takaful perlu di hayati.

Pesan Ustaz Omar Bin Hj Salleh

Apa yang kita bawa adalah warisan nabi, membawa Risalah Islam dan untuk tafakkuh fi deen. Untuk tafakuh fi Deen, kita harus Musafir dalam rangka Jihad. Mudah-mudahan Allah tinggalkan dengan niat suci dan meneruskan jalan dan Allah tempatkan dalam barisan Duat dan mewarisi risalah Rasul.
Kerja Dakwah adalah berat dan besar. Tidak dapat dipikul melainkan mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa. Seluruh hidupnya adalah untuk diwaqafkan kepada Islam. Jadi persediaan benar-benar rapi. Apa yang kita niatkan dan qasadkan adalah untuk Allah.

Kamu adalah duta Islam untuk pergi ke sana. Dan kami doakan agar pergi dan balik untuk meneruskan kerja dakwah dan tarbiyah untuk mengajak masyarakat kembali kepada manhaj Rabbani. Doakan keselamatan dan kemajuan ma`had ini.

Pesan Ustaz Abdul Hadi Bin Osman;

Musafir kita merupakan Ibadah dan Jihad. Hatta melancong pun adalah ibadah dan Jihad. Berhijrah untuk menuntut ilmu adalah untuk membangunkan diri , keluarga dan Islam.
Kalau boleh belajar bersungguh dan luar biasa . Maka akan lahir hasil yang luar biasa. Kerja yang bakal menunggu adalah luar biasa. Kuasailah bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan computer. Sahabat-sahabat Nabi semua luar biasa. Usamah Bin Zaid berusia 18 tahun memimpin tentera Islam. Kita mengaji dengan luar biasa untuk masa depan diri, keluarga dan Islam. Hasrat kita adalah untuk menjadi Duat.
HARD CORE kita adalah BELAJAR. Sibuk dengan perkara lain tetapi studi jangan tinggal. Di sana terdapat ramai Ulama'-Ulama' besar. Pergi ziarah. Ilmu banyak di bumi anbia' dan syaitan pun besar. Kita mahu setiap pelajaran tertingkat. Jaga kesihatan diri. Masa kita sikit, perlu guna sebaik-baiknya. Matlamat kena jelas dan jalan kena jelas.

Renungilah duhai muslim

but now...he's coming back!!!

Ramadhan yg dicintai semakin pergi...

pergi dan x tentu dpt bertemu lg...

tetapi adakah amalan kte sudah diampuni??

sdgkn amalan kt amat diragui...

keikhlasan pula jauh sekali...

ingatlah Ramadhan hanya sekali...

dan kte pula semakin hampir dgn mati...

beramallah selagi Allah mengizini...

" Sesiapa yg mendirikan Ramadhan dgn penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya dosanya yg telah lalu" -hadis riwayat: Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Maliki, Ahmad dan Baihaqi-


Wednesday, September 17, 2008

salam setinggi ukhwwah

- USIM IN MEMORY-

FAC. OF SYARIAH N LAW

trip 2 parlimen- 28/8/08

posing sakan =)

sesi penggambaran bakal2 lawyer..hehe

dinner 2gather

me n kak mas

my class- BLB6

zila, kak yam, h.mira, ipah
kak mas, mira, izah

hmm.. dah 2 minggu quit dr usim... rindu btul kat kwn2.. cmne diorang ye..
byk tajribah manis... mkn sama2, study sama2, struggle sama2, stay up sama2...tension pun sama2..haha
korng pun mesti rindu kat kte kan???
anyway May Allah bless u all..

send me prayers n love
hadzzan sa'ieedan fiddirasat
let's strive 2 da best
kejayaan kita, kejayaan Islam..

Monday, September 15, 2008

~ bagaimana nak bersihkn hati?? ~


tiap-tiap hari ada saje maksiat yg dibuat...
susahnya nak jaga hati kan??
ni ana nk kongsi tips2 cmne nak bersihkan hati....
petikan dari tazkirah drpd sahibah yg ana rindui..Dr. Muslim..
1. biasakan diri bangun b4 azan subuh
2. rajinkan solat Dhuha setiap hari
3. baca al-Ma'thurat setiap pg dan ptg.
itulah pelindung kte. kalo boleh buat biarlah dl jemaah..
4. amalkn baca surah Al-Mulk setiap hr sblm tdo..
5. dirikn solat sunat taubat sbg amln harian sblm membuai mimpi...
Moga kte sama2 mjd hamba yg cemerlang di sisi-Nya...
Insya Allah...

Wednesday, August 27, 2008

Bekalan P'jlnn Dakwah

Sy. Mustafa Masyhur;
“ Semua ibadah khusus yang difardhukan semuanya sbg bekalan dlm perjalanan dakwah”

Benarkah begitu?? Sebab itulah Allah mengurniakan satu bulan yang penuh dengan ganjaran dan bonus serta memiliki pakej istimewa untuk hamba-hambanya yang beriman.. bulan apakah itu?? Ramadhan Al-Mubarak…lihatlah, betapa kasihnya Allah pada kita..

Ramadhan diibaratkan sebagai bulan pengecas bateri pada kita. Cas apa ye?? Sudah tentu cas kepada iman kita… yang mana ia memberi kita makanan yang akhirnya dapat membersihkan hati dan jiwa kita… Pada waktu inilah, kita dpt lihat fesyen kehidupan sebenar org2 mukmin.. sbbnya?? Pada bulan Ramadhan, syaitan dibelenggu. Hanya tinggal hawa nafsu je.. so, terpulanglah pada kita sama ada mahu kita ikut nafsu..atau..nafsu ikut kita..

Ramadhan bulan yg penuh dgn tawaran dan ganjaran yg melimpah-ruah.. Allah menganjari semua amalan sunat dgn amalan fardhu.. amalan fardhu pula Allah menggandakn pahala sebyk 70 kali amalan fardhu. Pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu2 neraka ditutup serapat-rapatnya..

Tetapi alangkah ruginya…siapa yg bertemu dan melalui bulan Ramadhan tp Allah x ampunkan dosanya..
Allah telah menyediakan kebaikan utk kita ambil.. Pakej Ramadhan yg complet utk tingkatkn taqwa. Rugilah kita kalo x ambil peluag..

Sabda Rasulullah SAW:
“Berapa ramai yg berpuasa di bln Ramadhan..tetapi hanya dapat lapar dan dahaga..”
Sebab apa?? Mana tak nye.. puasa tp x jaga mata, puasa tp mulut dok mengata, puasa tp hati diisi dgn maksiat…..

So, wajarkah kita latih diri sblm tibanya Ramadhan?? Bukan stkt latih thn lpr tp hati pun sudah pasti perlu sentiasa di ‘train’..dan yg paling penting ialah jaga keikhlasan hati…

Marilah kita sama-sama melalui madrasah Ramadhan yg bkl tiba ini dgn merebut tawaran yg paling lumayan dr Allah SWT selagi stok umur masih ada!!! ingatlah… Diawalnya..rahmah…di pertengahannya…maghfirah.. dan diakhirnya.. kebebasan dr api neraka…

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan puasa kita termasuk dalam darjat puasa para nabi dan rasul. Amin ya rabbalalamin.