Sunday, May 2, 2010

A WEEK IN CAIRO - penat tp bahagia

PERASMIAN RUMAH JOHOR RABAAH- 17 April 2010

Ketibaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni-Almarhum Sultan Iskandar


Dengan berbesar hatinya, kami warga Johor telah menerima kujungan khas dari Malaysia merasmikan Rumah Johor Rabaah oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim. Turut hadir dalam rombongan tersebut isteri Tuanku Raja Zarith Sofia, Mufti Johor, barisan exco negeri Johor, pegawai-pegawai MAIJ dan ramai lagi. Majlis dimeriahkan lagi dengan kepulangan pelajar2 johor dari semua furu’ bagi menjayakan majlis perasmian ini.



Sedikit maklumat tentang Rumah Johor Rabaah yang telah dirasmikan:

- Siap dibina sekitar Januari 2009 hasil saham wakaf MAIJ. Bangunan 5 tingkat ini mula didiami oleh pelajar sekitar Februari 2009.

- Bangunan ini mempunyai 5 tingkat, sebuah pejabat pegawai kebajikan, rumah pegawai kebajikan, rumah tamu, 4 rumah pelajar, sebuah dewan atau surau, sebuah koperasi, pejabat BKPJM dan pusat sumber.




KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM- 19&20 April 2010

Sebuah kursus menimba ilmu baru sebelum melangkah ke alam ‘baru’ yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (BKPJM) memberi peluang kepada warga Mesir terutamanya Johorian mengetahui serba sedikit tentang ‘perkahwinan’ dari pelbagai aspek. Walaupun ‘perkahwinan’ ini merupakan salah satu subjek silibus Azhar namun perlu kita akui masih ada yang perlu kita belajar yang kita tidak akan dapat dalam pengajian kuliah. Apa yang kami peroleh dalam kursus ini benar-benar merupakan ilmu ‘baru’. Program yang jarang sekali diadakan ini menjadi program mega BKPJM pada tahun ini. Pengisi-pengisi slot merupakan penceramah-penceramah khas diterbangkan dari Malaysia.

Antara slot menarik yang dibentangkan;

· Modul keluarga sakinah (menyambut kelahiran)

· Prosedur perkahwinan & Munakahat

· Prosedur Mahkamah dan Pembubaran perkhawinan

· Akhlak dan hubungan dalam keluarga

- Kesihatan, Pengurusan Konflik dan Stress

· Aqidah, Ibadah, komunikasi dan Pengurusan sumber



Namun, sejauh mana kita memahami konsep ‘perkahwinan’ atau istilah lain ‘rumahtangga’ ini dengan jelas?? Apabila seorang teruna dan dara diijab qabulkan maka terbinalah apa yang disebutkan sebagai Rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga.

Akan tetapi Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu pertemuan yang ditegakkan di atas lunas-lunas kasih mesra, saling simpati, saling lindung melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya kanak-kanak dan suburnya muda mudi. Dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang dan hubungan saling bantu membantu.

Kerana itulah al Qur’an menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum;

Firman Allah yang bermaksud;

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.” (ar Rum:21)

Firman Allah lagi;

“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” (al Baqarah:187)

Itulah hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Islam menganggapkan perkahwinan ini sebagai sarana untuk membersih dan meningkatkan diri. Bahkan ia menyeru umat Muslimin supaya mengahwinkan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan mereka untuk menrealisasikan sarana yang perlu untuk membersihkan dan meningkatkan kehidupan seseorang;

“Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha Mengetahui.” (an Nur : 32)

Firman Allah lagi:

“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.” (an Nur : 33)

Perlu kita ingat bahawa di dalam persoalan perkahwinan ini seharusnya disusuli dengan pembentukkan rumahtangga dakwah. Hakikatnya, Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untk mendapatkan anak-anak yang soleh ,walaupun ini adalah satu tujuan utama, atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, walaupun ini juga matlamat perkahwinan dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syarie, tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya. Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan ,jihad serta perlaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan rumahtangga dakwah ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran subur untuk mendidik anak- anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perjanjian zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan dakwah dan jihad.

Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia Ya Tuhanku, seorang yang diredhai ( Surah Maryam : 5 – 6 )

Kedua-dua ayat di atas meraqamkan hajat dari do’a Nabi Zakaria AS yang berhajat kepada anak untuk mewarisi dan meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.

Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al Quran ini menunjukkan bahawa seorang daie itu berhajatkan anak seperti manusia lain juga tetapi hajat ini lebih mulia kerana ia berhajat supaya anaknya mewarisi dakwah dan jihadnya. Aspek ini adalah penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan memerlukan masa yang panjang dan dengan adanya pewaris yang akan meneruskan perjuangan dapatlah di pastikan, Insya Allah bahawa perjuangan ini tidak akan mati di pertengahan jalan.


PENGUBAT RINDU BERSAMA SHUYUKH - 24&25 April 2010


Antara pesanan-pesanan mereka;

"Allah bagi dunia kepada semua yang Allah nak beri. Tetapi Allah bagi Deen kepada mereka yang Allah kasihi."

"Senario masa kini menggambarkan yang kita nampak sepeti menguasai padahal hakikatnya kita dikuasai. Baik dalam ekonomi, makanan, mata wang, pakaian, pendidikan hatta politik. Kita sebenarnya dikuasai oleh mereka-mereka yang tidak beriman yakni kuasa-kuasa besar. Kenapa ianya terjadi?? kerana harga diri kita sebenarnya sudah hilang secara tidak sedar. Sebab itu perlunya kita mengetahui permasalahan Islam yang mana nak atasinya tidak boleh secara sorang-sorang atau fardi tetapi kena secara amal jamaie. Dan sikap yang ada untuk bergerak dalam amal jamaie ialah semangat harbun."

" Kalau kita tidak berkhidmat untuk Islam, maka kita takkan jumpa syurga."

" If u educate the man, u educate a person, If u educate a women, u educate the whole world"

3 comments:

harlym said...

dah lama ziarah..baru nak ucap salam ziarah.

sinar_islami said...

=) terkenang saat bersama..

Anonymous said...

mohon share pernyataan anda