Thursday, May 20, 2010

sTudy...eXam


~ eXam fasa-2 2009/2010, 2nd yeAr Syariah IslamiYah,
Uni. Al-Azhar As-Syarif ~


> exam written <
Al-Quran - 29 Mei
Fiqh Mazhab Syafie - 31 Mei
Esei Fiqh Mazhab Syafie - 2 Jun
Fiqh Perbandingan Mazhab - 5 Jun
Usul Fiqh - 7 Jun
English - 9 Jun
Hadith Ahkam - 12 Jun
Esei Fiqh Perbandingan Mazhab - 14 Jun
Ahwal Syahsiah - 16 Jun

> Oral exam <
Al-Quran, Fiqh Mazhab Syafie, Fiqh Perbandingan Mazhab, Usul Fiqh - 4 Julai


- STUDY...EXAM -

Dua kalimah ini amat sinonim dengan mereka yang bergelar penuntut ilmu. Bermula dari
peringkat tadika sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Sememangnya lumrah dalam pengajian pasti ada peperiksaan. Kebanyakan di kalangan kita sudah pun berada di penghujung semester. Sudah pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan sebelum berjuang di medan peperiksaan. Masing-masing mahukan kejayaan yang cemerlang. Namun, adakah kita pasti yang kita mengejar dan menuju kejayaan dalam pengajian kita, kita ikhlas dalam belajar?? Atau sekadar mengikut arus kehidupan yang menuntut kita menggapai kejayaan dalam pengajian?? Sama-sama kita koreksi diri.

Rasulullah SAW merupakan mu'allim dan murabbi terunggul. Baginda merupakan khudwah. Pada suatu hari baginda mengajar dan memberi motivasi kepada Muazd bin Jabal, seorang tokoh yang di kemudian hari menjadi salah seorang fuqaha' dalam kalangan sahabat R.A. dan kemudian menjadi guru kepada orang Yaman, dengan sabdanya bermaksud:

"Pelajarilah olehmu akan ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya kerana Allah adalah hasanah, mengkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, menuntutnya adalah ibadah, mengajarkannya adalah sedeqah, mencurahkannya kepada ahli adalah Qurban, memikirkannya umpama puasa, dan mendiskusinya ibarat Qiyam."


Visi Pelajar Muslim

Secara umumnya, visi pelajar muslim dapat disimpulkan dalam dua patah kata: ALIM MUJAHID. Setiap pelajar muslim bertanggungjawab menjadikan dirinya sebagai seorang yang alim lagi mujahid. ALIM memberi konotasi penguasaannya terhadap ilmu yang diceburi, sama ada ilmu yang berkait dengan ad-Deen ataupun bekerja dan berjuang untuk ketinggian Islam. Kombinasi keilmuan dan amal islami adalah visi setiap pelajar Muslim.

Tetapi bagaimana kita hendak mencapai visi ALIM MUJAHID ini??

>> Teguh dalam aqidah

Ini merupakan syarat utama seorang mukmin, iaitu sentiasa membina hubungan dengan Allah SWT, mempunyai niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu dan meninggalkan maksiat kerana maksiat boleh menghalang ilmu masuk ke dalam dada.

>> Jernih dalam fikrah

Kejernihan fikrah mampu menyelamatkan pelajar muslim dari pelbagai fahaman dan ideologi asing serta isme-isme lama dan baru. Jernih dalam fikrah membantu pelajar muslim memilih dan membezakan antara hikmah dan sampah yang dimiliki oleh orang lain. Maka, adalah mustahak kejernihan fikrah dalam menapis pemikiran-pemikiran sesat atas nama ilmu pemgetahuan.

>> Cemerlang dalam akedemik

Kecemerlangan dalam akedemik melambangkan ketekunan dan sifat jiddiyah seorang pelajar dalam menuntut sesuatu ilmu. Pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa Allah mengasihi seseorang apabila ia melakukan sesuatu ia mengerjakan dengan tekun dan teliti. Oleh itu, kita sebagai pelajar muslim perlulah bersungguh-sungguh dalam belajar.

>> Aktif dalam dakwah

Aktif dalam dakwah bukanlah bermakna semata-mata memberi syarahan agama, bercakap banyak, perbincangan halaqat dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sini adalah 'concern' dan keperihatinan jiwa kita terhadap masalaa ummah dan juga terlibatnya kita dengan usaha-usaha amal islami. Ini merupakan medan sebenar bagi para pelajar untuk melatih dii berkorban di jalan Allah SWT.

>> Memanfaatkan kerjaya sebagai wasilah

Sesungguhnya kerjaya dan kepakaran kita adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Ia perlu dipulangkan balik kepada Allah melalui usaha-usaha meninggikan kalimat Allah. Oleh itu, segala ruang dan kesempatan yang ada hendaklah dipandang sebagai peluang-peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Ikhlas Dalam Belajar

Jika kita ingin ikhlas dalam belajar, sudah tentu kita harus mempersiapkan niat. Kerana gerbang ikhlas adalah niat. Lalu, apa yang kita perlu lakukan?? Kita haruslah memikirkan mengapa kita belajar! Alangkah ruginya mereka yang belajar kerana exam, kerana suka-suka, apatah lagi kerana sanjungan orang.

Katakalah;

"Aku akan belajar kerana orang soleh tidak layak untuk gagal. Oleh itu, aku harus belajar sehingga aku tidak akan mencoreng muka orang mukmin lagi soleh..."

"Aku akan belajar kerana sehingga kini yang menakhodai dunia adalah orang kafir, orang fasik ataupun orang yang tak berguna dan juga golongan yang hendak menghancurkan Islam. Maka kini tibalah giliran salah satu dari orang soleh memimpin dunia..."

"Saya akan belajar hingga saya dapat menyeru manusia kepada Allah SWT..."

Dengan niat ini, setiap goresan pena atau pandangan mata pada kitab akan menerima pahala. Indahnya Islam. Amal kebiasaan boleh diubah menjadi ibadah. Kita belajar dan mendapat pahala, dan mungkin hati kita akan bertambah semangat dalam belajar kerana niat yang baik. Sama-samalah kita memperbaharui niat sebelum melakukan apa jua perkara atau sebelum melakukan satu dari amal0-amal ketaatan.


Tawakal

Firman Allah SWT: ...Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya..." [surah At-Thalaq:3]

Terdapat 4 tafsiran ulama' mengenai tawakal;
Pertama, kepasrahan hati di hadapan Allah SWT seperti pasrahnya mayat di hadapan orang yang memandikannya. Adakah kia tahu apa yang dilakukan orang yang memandikan mayat? Ia membolak-balik tubuh mayat itu seenaknya. Begitulah tawakal.

Kedua, biarkanlah Allah SWT untuk menentukan.

Ketiga, kita menyempurnakan 'sebab' dengan anggota badan, dan memutuskan 'sebab' dari hati kita. Yakni tangan kaki kita harus menyempurnakan 'sebab' sedangkan hati kit harus melepaskan diri dari 'fikiran sebab'.

Keempat, kita rela Allah SWT menjadi wakil kita.

Bagaimana pula yang dikatakan bertawakal kepada Allah? Nabi SAW bersabda; "Kalau kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah akan memberi rezeki kalian seperti Dia memberi rezeki burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar dan kembali petang dalam keadaan kenyang."

Erti 'sebenar-benar tawakal' ialah kita beramal dengan anggota badan kita tapi hati kita terkait dengan Allah SWT.

Maka, disini wajarkah kita belajar dengan sekadarnya? Usahalah semaksima mungkin seterusnya menyerahkan apa jua natijah yang akan datang kepada Allah sebagai pemangkin diri kita yang apasti semuanya ada hikmah Allah sediakan untuk para hambaNya.


Peperiksaan Akhir

Dalam kesibukan kita bertungkus-lumus melengkapkan persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma, perlu kita ingat akan satu lagi peperiksaan akhir yang akan hadir. Yang mana peperiksaan itulah yang menentukan pengakhiran kehidupan duniawi kita. Hakikatnya, dunia ini hanyalah tempat persinggahan ke destinasi hakiki. Bahkan di dalamnya penuh dengan liku-liku kehidupan.

Kehidupan kita semua akan dinilai. Anggota badan menjadi saksi segala perbuatan yang kita lakukan semasa di dunia. Kehidupan kita penuh dengan ujian. Jika kita menduduki peperiksaan kta pasti dimaklumkan jangka masa untuk menjawab soalan. Namun bagaimana pula dengan kehidupan kita? Saat kita hidup adalah satu tempoh. Justeru tempoh itu terselit infiniti ujian. Namun penghujungnya kita sendiri tidak pasti bila tiba waktu akhirnya.

Sedarkah kita kehidupan kita sehari-hari adalah dalam pengawasan Allah. Malaikat kiri dan kanan tidak putus mencatat amalan. Kita pastinya bertungkus-lumus memanfaatkantempoh peperiksaaan. Bersungguh-sungguh tanpa melengah-lengah. Namun bagaimana persediaan kita untuk satu tempoh yang kita tidak tahu? Maka kita kena perlu lebih bersedia kerana pengakhiran kita masih rahsia.

Mari sama-sama bayangkan dalam satu situasi ketika pensyarah kita tiba-tiba berkata, "Saya akan kutip assignment kamu bila-bila sahaja saya suka." Justeru macam mana perasaan kita dan macam mana persediaan kita? Mungkin kita akan resah atau mungkin kita akan tenang dalam mengatur langkah.

Akhir kalam, moga setiap usaha kita diiringi doa dan tawakal pada-Nya. Moga Allah dengar doa kita. Jangan putus berdoa.

Daripada kami untuk kamu saudara yang kami kasih.
Kita sebenarnya sama kerana kita saudara.
Salam pertapaan... Salam Imtihan semua




4 comments:

Khadijah Masran said...

best ye dh smpai msia ....huhu...

shahus said...

takbir!!belajar elok2 yer kak izah..
doakan kami yg dah abih spm nie...
moge2 tetap tegoh dlm jalan dakwah dan tarbiyah....

Qawiem Khairi said...

alim mujahid,
teringat himega yg diikuti,
memberi nasihat yg berguna. :)

_virus s0pan_ said...

Salam bahagia..
kak halaqah tahun 2005..masih ingatkah anda?...
teruskan istiqamah ya~