Wednesday, April 28, 2010

mereka saudara kita



Palestin tanggungjawab kita bersama!!

Kita mengaku Islam tapi biarkan saudara kita derita??

Apa yang telah kita lakukan untuk menolong mereka?

Banyak? Sikit? Atau tiada?

Mari bersama renungkan, dan bertindak!



Perhimpunan Perdana PALESTIN

Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

maklumat lanjut layari http://www.lifeline4gaza.org/


Tuesday, April 13, 2010

Jalan Menuju Syurga




BAHAGIA

Setiap orang inginkan bahagia, mahukan kebahagiaan. Segala yang manusia kerjakan untuk tujuan mencapai kebahagiaan. Tiada sesiapapun yang melakukan sesuatu kecuali untuk capai tujuan ini. Baik kerja itu berupa kebaikan mahupun kejahatan.

Kadangkala, membantu dan mempermudahkan urusan orang lain dapat membuat kita bahagia kerana kita mengambil kira dengan membantu itu akan membahagiakan kita.

Kita lihat, ketika seseorang itu pergi menunaikan ibadah haji, ia tidak akan pergi melainkan untuk menemukan kebahagiaan hatinya di sana. Juga, disaat seseorang mengeluarkan belanja untuk menikah. Bahkan, tujuan seseorang berbuat kejahatan dan maksiat pun dalam rangka mencari kebahagiaan.

Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita, kadang-kadang kita cukup kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada.

Kebahagiaan adalah milik mereka yang mengenali dan memahami hakikat kehidupan. Mereka mengetahui bilakah bermula dan berakhirnya kehidupan serta bijak menyesuaikan dirinya ditengah-tengah arus kehidupan yang bergelora. Namun, semua kebahgiaan dunia bukanlah kekal abadi. Nikmat bahagia itu hanyalah sementara. Bahagia yang sepatutnya kita cari ialah kebahagiaan yang kekal abadi iaitu kehidupan di syurga kelak…


MENGAPA SYURGA KEBAHAGIAAN ABADI?

Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 55;

ﭧ ﭨ ﭽ

Maksudnya: “Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka”.

Mereka tersibukkan dengan beragam kenikmatan. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sejengkal tempat di syurga atau selebar telapak kaki di sana adalah lebih baik dari dunia berserta isinya”.

Bayangkan, ketika memasuki syurga kita akan memiliki 4 perkara yang kita merasa takut untuk hadapi ketika di dunia. Apa keempat hal itu?

1. Kesihatan abadi tanpa pernah sakit setelah itu.

2. Kehidupan abadi dan tidak akan pernah mati.

3. Kemudaan sehingga tidak akan menjdai tua setelah itu. Usia muda sepanjang masa tanpa pernah berhenti.

4. Bersenang-senang tanpa khuwatir hilangnya kesenangan itu.

Siapa pula ‘penghuni syurga’ yang bakal menemukan kebahagiaan abadi? Hakikat syurga itu diciptakan sebagai ganjaran bagi merka yang benar-benar suci, bersih dan bebas maksiat. Mereka yang bebas maksiat ini adalah mereka yang tidak berjaya memenuhi syarat-syarat untuk berbuat maksiat.

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari terdapat seorang yang gemar berbuat maksiat bertemu dengan seorang alim ulama’ ketika itu.

Dia berkata, “Wahai tuan, selama ini aku gemar berbuat maksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar hajat tersebut, lalu alim ulama’ iu berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabarnya bertanya lagi, “Apakah syarat-syarat itu?”

Alim ulama’ itu pun berkata, “Syarat yang pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan kamu makan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan keningnya seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya” tegas alim ulama’ itu. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selau berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Syarat yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal d bumi-Nya!”

Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati.

Alim ulama’ kembali bertanya kepadanya, “Wahai hamba Allah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekinya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya, tuan benar” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

“Syarat yang ketiga, kalau kamu masih mahu berbuat maksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”.

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai tuan, ini nasihat yang macamana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”.

Lelaki itu mengangguk membenarkan kata-kata alim ulama’. Kemudian meminta meneruskan syarat yang keempat.

Alim ulama’ itu melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh, katakanlah, “Ketepikanlah kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai tuan, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai hamba Allah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah SWT?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

“Wahai hamba Allah, syarat yang terakhir, kalu kamu malaikat Zabaniah daang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Syarat yang terakhir memuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai tuan, sudah pasti malaikat itu tidak membiarka aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagu mendengar perkataan alim ulama’ itu. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.”


Oleh itu, marilah kita menghindari diri dari terus-menerus melakukan maksiat. Dan sama-sama kita menyucikan diri dengan memohon ampun dan bertaubat kepada Yang Maha Pencipta.


TERMINAL-TERMINAL PENYUCIAN

Betapa kasihnya Allah SWT melimpahkan pelbagai nikmat dan rahmat buat hamba-hambaNya. Allah telah sediakan 11 terminal-terminal penyucian.

Empat di dunia;

1. Taubat

Terminal yang pertama dan yang paling penting. Oleh itu, lakukanlah segera. Itu lebih baik daripada merangkak di titian sirath kelak.

2. Istighfar

Berisighfarlah bagi dosa-dosa yang kita tak ingat ataupun dosa-dosa yang kita tidak perasan. Sedangkan Nabi SAW beristighfar lebih 100x sehari. Kita bagaimana?

3. Kebaikan

Kebaikan menghapus kejahatan. Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata, “Aku telah mencium seorang wanita.” Nabi SAW segera memalingkan wajah darinya sehingga turun ayat ini,

ﭧ ﭨ ﭽ

Maksudnya: “Dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat Allah.”

Lelaki itu bertanya, “Wahai Rasul, apakah ini untukku?” Rasul SAW menjawab, “Untuk yang melakukan itu dari umatku.” (HR Bukhari dan Muslim)

4. Musibah yang menghapuskan

Kita ditakdirkan menghadapi musibah kerana ia adalah ujian yang mensucikan kita. Bukankah ujian adalah tarbiyah dari Allah? Apakah kita akan sabar atau sebaliknya?

Tiga di kubur;

Rasulullah SAW bersabda, “Kubur itu kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka.” (HR At-Tirmidzi)

1. Solat Jenazah

2. Fitnah kubur

3. Hadiah pahala amal manusia

Ulama’ sepakat ada empat hal yang pahalanya sampai pada si mati di kuburan iaitu: haji, umrah, sedekah dan doa.

“Apabila anak Adam mati, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga perkara: ibu yang dimanfaatkan, sedekah jariyah, atau anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim).

Empat di hari kiamat;

1. Ngerinya kita pada hari kiamat

2. Berdiri di hadapan Allah SWT

3. Syafaat Nabi Muhammad SAW

Nabi SAW bersabda, “Setiap nabi mempunyai permintaan yang dikabulkan, dan setiap nabi menyegerakan permintaan mereka, dan aku pula menunda permintaanku untuk syafaat umatku di hari kiamat, dan dia akan menyelamatkan dengan kehendak Allah, siapa yang mati dari umatku dalam keadaan tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah SWT.” (HR Bukhari dan Muslim).

4. Ampunan Allah SWT

Terminal mana yang kita miliki? Kita hanya ada 3 terminal yakni terminal di dunia. Musibah tidak berada dalam genggaman kita. Jika Allah mahu, Dia akan menguji. Kita hanya memiliki taubat, istighfar dan kebaikan yang menhapuskan keburukan.