Thursday, March 18, 2010

kiTa & RasululLah SAW


~ kita & Rasulullah SAW ~

Muslim yang sebenar adalah orang yang sangat mencintai Nabi Muhammad SAW dengan sepenuh hatinya.. bahkan kasihnya melebihi kasih terhadap dirinya sendiri.

Hadith menerangkan :

"Seseorang tidaklah beriman (dengan sempurna) hingga aku lebih dicintainya dari anak dan orang tuanya serta manusia seluruhnya."


Kenapa kita kena cinta Rasulullah SAW??

1. kerana Rasulullah adalah wasilah dan penyebab utama kita menjadi Muslim.. jika tiada baginda sudah tentu kita takkan tahu apa itu Islam dan kita tidak akan memeluknya..

2. kerana Rasulullah adalah pemberi syafaat yang menyelamatkan kita dari neraka di hari kiamat nanti.

3. kerana Rasulullah merupakan orang yung mengajar kepada kita kebenaran agar kita mengikut jalan tersebut dan mengajar kita kesesatan agar kita menjauhi jalan itu.

4. kerana Rasulullah yang memperkenalkan cara cinta dan ber'ubudiyyah kepada Allah SWT.

5. kerana Rasulullah merupakan seorang yang memiliki peribadi dan akhlak yang baik.

6. kerana Rasulullah meripakan idola yang patut kita jadikan qudwah dan baginda adalah rahmat kepada sekalian alam.


Sudah tentu kta ingin mencintai Rasulullah dan ingin di bangkitkan bersama baginda SAW di hari kiamat kelak sebagaimana sabdanya:
"Dibangkitkan seseorang itu bersama orang yang paling dicintainya."

Namun, bagaimana pula nak tunjuk cinta kita supaya kita dapat meraih mahabbah ini??

1. Azam dan lahirkan selalu dalam hati dan perasaan bahawa kita cinta kepadanya.
2. Mengetahui perintah dan larangannya.
3. Mengetahui sirah SAW agar boleh mengambil 'ibrah sebagai penyinar kebaikan dalam kehidupan kita.

Marilah kita sama2 suburkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah. mencintai Rasulullah SAW adalah dengan mengikutinya kerana dengan mengikutinya kita akan memperolehi cinta Allah SWT...